MAIN MENU

Footer Pages

17 Ogo 2011

Tonton TV pendek nyawa


Menonton televisyen selama enam jam sehari boleh mengurangkan jangka hayat selama lima tahun. Kajian yuang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan di Britain menunjukkan, setiap satu jam masa dihabiskan untuk menonton televisyen selepas usia 25 tahun boleh mengurangkan jangka hayat selama 22 minit.

Menurut seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Lennert Veerman dari Universiti Queensland berkata: “Kesan menonton televisyen untuk jangka masa lama adalah sama dengan kesan terhadap merokok dan obesiti. “Ketika kadar merokok sudah berkurangan, menonton televisyen tidak menunjukkan perkembangan itu. Ia memberi kesan besar terhadap populasi,” katanya.

Tahun lalu, satu kajian yang dilakukan di Australia mendapati tempoh sejam yang dihabiskan untuk enonton televisyen membawa kepada 8 peratus peningkatan terhadap ancaman mati awal. “Kami menggunakan kajian itu dan menterjemahkannya kepada kesan jangka hayat di Australia berdasarkan berapa lama kita menghabiskan masa menonton televisyen. Penduduk Australia menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk menonton televisyen. Kesannya, jangka hayat mereka berkurangan 1.8 tahun bagi lelaki dan 1.5 tahun untuk wanita, menurut kajian itu. - Agensi

Moralnya jangan keterlaluan nengok TV :(


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

8 ulasan:

  1. salam..
    pulak dah..?
    macam2 kajian yak?
    yang nyata mati di mana2 je kan?

    BalasPadam
  2. Betul Zul, ajal maut ditangaNYA jua.

    BalasPadam
  3. Mati bile pun ande yang buat kajian yek...

    BalasPadam
  4. huh gitu pulak

    tu mengadap TV kalau mengadap laptop sokmo guane cite nye pulak

    BalasPadam
  5. AUC - harus nyer pendek akal pulok gamoknya :)

    BalasPadam
  6. tgk tv sama dgn tgk komputer jugok ke?

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.