MAIN MENU

Footer Pages

18 Ogo 2011

Diskaun Tol Aidilfitri Di 24 Lebuh Raya 30-31 OGOS


Sebanyak 24 Lebuh Raya bertol di seluruh negara akan memberi diskaun antara lima dan 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini sempena Aidilfitri tahun ini.  Lebuh raya yang terlibat ialah Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint), Lebuh Raya KL-Karak (KLK).

Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas). Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke), Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuh Raya Smart, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor berkata Lebuh Raya Latar yang baru dibuka juga telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos. “Pengguna Lebuh Raya LDP pula tidak akan dikenakan apa-apa bayaran pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari,” katanya. – SUMBER BERNAMA


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

4 ulasan:

  1. salam..
    masaalahnya,siapa
    sanggup balik masa
    hari raya, semua nak
    sampai ke kampung
    sebelum raya..
    pandai tektik meniaga
    PLUS nih..
    :)

    BalasPadam
  2. AAP deme nok balik mana raye nih weh?

    BalasPadam
  3. Zulkbo - itulah masalah.. huhuhu org niaga kena bijok baru dpt untung lebih :)

    AUC - Rasanya tak kemana ada sineh aje...

    BalasPadam
  4. Assalam..

    Pasti ada sebabnya dan antaranya adalah untuk mengelak kesesakan pada satu-satu masa dan sebab lain mungkin kerana ia adalah hari kemerdekaan negara kita.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.