MAIN MENU

Footer Pages

12 Ogo 2011

Cuti umum tambahan sempena hari raya dan hari kemerdekaan Tahun 2011

Kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan cuti umum tambahan menjelang hari raya puasa tahun ini kerana ia dijangka jatuh bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan ketika mengumumkan demikian berkata, bagaimanapun, tarikh sebenar cuti umum tambahan itu akan bergantung kepada pengumuman tarikh hari raya yang akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sebagaimana lazimnya.

Sekiranya hari raya pertama jatuh pada Selasa 30 Ogos (Selasa) yang juga bermakna hari raya kedua akan bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara pada (Rabu), 31 Ogos, maka hari Khamis, 1 September akan diisytiharkan sebagai hari cuti umum tambahan, kata Sidek dalam satu kenyataan, Selasa.

Bagaimanapun, sekiranya hari raya pertama jatuh pada Rabu, 31 Ogos yang juga bersamaan dengan cuti umum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, maka hari raya kedua akan jatuh pada 1 September dan ini bermakna 2 September akan diumumkan sebagai hari cuti umum tambahan.


Payah juga nak mengisi borang cuti…. senang sapu sebelum dengan selepas aje.. selamat dapat seminggu :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

5 ulasan:

  1. salam..
    ermm..seronok ni
    ada cuti tambahan juga ye
    hari tu dapat bonus lagi..
    he he..

    BalasPadam
  2. bagi lumpsum je la isnin jemaat tu cuti bonus

    BalasPadam
  3. seronok ah cuti...koi tok cuti..hehe

    BalasPadam
  4. Cemomoi - kawan sokongan ngat tu :)

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.