MAIN MENU

Footer Pages

12 Ogo 2011

Bayar Zakat Fitrah Online | Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang 2011

 

Kadar zakat fitrah bagi Negeri Pahang tahun 1432H/2011M

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang(MUIP) telah pun menetapkan bahawa kadar zakat fitrah bagi seluruh penduduk Negeri Pahang ialah sebanyak RM7.00 ataupun segantang beras bagi setiap seorang.

Zakat fitrah boleh mula dibayar seawal bermulanya ramadhan dan berakhir pada penghujung ramadhan.Zakat fitrah ini boleh la dibayar kepada amil yang telah ditugaskan di mana-mana masjid,surau mahupun di pusat membeli belah.  Selain tu,rakyat Pahang juga boleh membuat pembayaran zakat fitrah melalui sistem pesanan ringkas (sms) bagi pengguna Celcom dan juga Maxis. info lanjut tentang kadar zakat fitrah ini diambil dari laman sesawang Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang(MUIP)

Zakat fitrah itu wajib ke atas semua umat Islam seperti yang dinyatakan dalam Hadith: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: “ Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah sunat yang lain.”(Abu Daud)

Sumber : www.muip.gov.my

Selamat membayar zakat :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

4 ulasan:

  1. Salam Yassin..

    Samala kat Selangor ni pun rm7 juga..

    BalasPadam
  2. koi bayo doh skali zakat pendapatan juga

    BalasPadam
  3. salam..
    selamat berzakat..
    zakat menyuburkan
    harta..semoga kita
    semua di berkati

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.