MAIN MENU

Footer Pages

12 Ogo 2011

Parkir Stesen Teksi Jerantut diceroboh pemilik kenderaan awam.

BEBERAPA buah kenderaan awam diletakkan sewenang-wenangnya di petak kuning milik Persatuan Pemandu Kereta Sewa di stesen teksi Bandar Baru Jerantut.


Saudara pengarang,
SAYA ingin melahirkan rasa kesal dan tidak berpuas hati dengan sikap segelintir pemilik kenderaan di bandar Jerantut yang menceroboh parkir kuning.Parkir tersebut merupakan kawasan yang dimiliki oleh Persatuan Pemandu Kereta Sewa (PPKS) di stesen teksi Bandar Baru Jerantut. Boleh dikatakan setiap hari, khususnya pada waktu puncak pemilik kenderaan terbabit menceroboh masuk ke kawasan petak kuning sehingga mengganggu pemandu teksi meletakkan kenderaan mereka.

Senario yang sama juga semakin serius pada Ramadan apabila pemilik kenderaan awam menceroboh petak kuning dan meletakkan kenderaan mereka untuk berbelanja juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan berdekatan stesen teksi di sini. Saya dan rakan pemandu teksi lain hairan kenapa mereka seolah-olah tidak memahami papan tanda larangan kenderaan awam yang dipasang oleh Majlis Daerah Jerantut (MDJ) di pintu masuk stesen teksi.

Hal itu menimbulkan kesesakan dan mengundang rungutan malah, timbul rasa marah dalam kalangan pemandu teksi kerana kawasan parkir kuning diceroboh kenderaan lain. Pada mulanya saya dan rakan pemandu teksi lain menasihat pemilik kenderaan yang menceroboh parkir stesen teksi, tetapi teguran secara baik dan berlembut tidak diendahkan. Untuk makluman orang ramai, Persatuan Pemandu Kereta Sewa di sini menyewa tapak untuk stesen teksi di sini sebanyak RM400 sebulan daripada pihak MDJ.

Jika keadaan ini berterusan, pemandu teksi tidak dapat meletakkan teksi masing-masing untuk menunggu pelanggan dan berkemungkinan akan mengurangkan punca pendapatan. Ini menimbulkan masalah bagi pengurusan stesen teksi apabila pelancong dan penumpang domestik terpaksa menunggu lama kerana ketiadaan teksi. Menerusi ruangan Rakan Pahang ini, saya mencadangkan MDJ mengenakan parkir berbayar di semua lokasi Bandar Baru, Bandar Lama Jerantut dan Bandar Baru Inderapura agar pemilik kenderaan lebih berdisiplin tanpa meletakkan kenderaan sesuka hati.

Sumber dipetik drp Utusan Malaysia.

Sian orang bandar Jerantut payah nak parking kereta... salah parking sajer kena saman :( yang pastinya ruang untuk meletakkan kenderaan di bandar baru dan di bandar Inderapura Jerantut semmg amat terhad.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

5 ulasan:

  1. sekarang dah buat bahagian, utk parking taxi ngan kenderaan awam. rasanya taxi xbanyak sgt pun parking kat sana...

    BalasPadam
  2. dah tu nok parking kat mana, kome pun rajin juge parking kat siteh

    BalasPadam
  3. Ismail - bagus buat bahagian gitu senang sikit mmg taxi bukan byk mana pun.

    AUC - Jangan amalkan karang sesajer kena saman hok petok kuning tu aje jgn parking putih boleh (disebelah stesen taxi itu) :)

    BalasPadam
  4. salam..
    gitulah gayanya banyak sangat kereta ler nih..nak kata murah kereta tak juga..kat KL ni aje di anggarkan kereta sahaja 2 juta, aok bayangkanlah..

    BalasPadam
  5. Bandar jerantut dh membangun skrang ... skrng ni jika balik jerantut jarang dh ke bandr singgah tunas manja je...

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.