MAIN MENU

Footer Pages

7 Mei 2010

DEFINISI HARI HOL NEGERI PAHANG

Salam semua mungkin ada diantara kita yang tidak mengetahui apa itu hari Hol Negeri Pahang yang disambut pada tanggal 7 Mei merupakan cuti umum bagi Negeri Pahang sempena menyambut Hari Hol setiap tahun.

Kamus Dewan mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. Dalam konteks ini, Hari Hol di Pahang merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga diraja di negeri ini. Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Pahang bermula tahun 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat, Sultan Abu Bakar iaitu ayahanda Sultan Ahmad Shah yang masih bertakhta pada hari ini. Serentak dengan hari pemakaman Sultan Abu Bakar itu, semua Jabatan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta diarah bercuti selama sehari.


Selamat Bercuti pada  semua orang Pahang sempena Cuti  Hari Hol.


6 ulasan:

  1. Salam en yassin..kawan kerja!

    BalasPadam
  2. salam yasin, sedaplah aok hari ni yek, dpt bersantai2 ngan brukband aok, kalau dia buat hal, aok gosok2lah... keknya kawan kena jengok jugek ke makam pagi ni...,

    BalasPadam
  3. salam Yassin..
    begitu ke maksudnya
    koi ni orang Pahang
    sampai hari ni baru tahu

    BalasPadam
  4. selamat bercutilah Yassin...

    BalasPadam
  5. salam en. yassin

    boleh lah kawe update blog hari nie

    BalasPadam
  6. Terima kasih rodong berlake...rehat panjang kita hehehe..........

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.