Dalam amalan orang melayu kita bergitu banyak sekali amalan tertentu yang di amalkan, hari ini kawan nak bercerita sedikit kisah ini, sekiranya kita ingin menduduki rumah baru, rumah yang baru di beli atau baru siap dibina. Dahulu ada amalan tertentu atau langkah awalnya jika kita ingin menduduki rumah tersebut, maka amalan orang-orang tua dahulu mereka akan meletak perkara asas seperti beras, air, garam, kunyit, paku dan lada didalam bekas yang berasingan seperti piring contohnya, serba sedikit sahaja, lalu disusun didalam talam. Sebaiknya perkara ini dibuat setelah rumah tersebut telah siap dibasuh dan dicuci lalu perkara yang kita siapkan tadi hendak kita letakan di tengah-tengah ruang tamu sebaiknya barangan berkenaan dibiar bermalam utk satu malam. ( Perkara ini dibuat sebelum kita berpindah kerumah tersebut)
Lanjutan daripada perkara itu keesokan harinya kita pergi kembali melihat perkara tersebut...bukan sekadar dilihat sahaja, perlu di ambil perhatian sama ada barang tersebut berkedudukan sama sahaja, macam kita letak sebelumnya atau seakan sedikit berselerak atau air yang kita letakkan itu adakah berkurang. Jika hasilnya kita lihat tidak ada sebarang perubahan maksudnya rumah tersebut bebas daripada gangguan makhluk halus jika sebaliknya (berselerak) maka rumah tersebut ada penghuni yang lainnya. Jadi tuan ampunya rumah perlu mengambil langkah seterusnya seperti menepung tawar rumah tersebut. Sebagai usaha mengeluarkan makhluk tersebut atau didalam istilah disebut membersihkan kediaman tersebut. Difahamkan juge apabila kita meletakan barangan tersebut juge dijadikan sabagai satu tanda (didalam istilahnya) bahawa rumah itu telah dimaksudkan utk didiami.
Kata orang-orang tua rumah yang telah lama disiapkan dan sudah lama juga ditinggalkan, disana ada penghuni yang lain yang menumpang mendudukinya. Apa pun perkara ini sudah tidak di amalkan lagi, pun bergitu sesetengah tempat dan kampung terentu masih ada lagi mengamalkan perkara sedemikan. Daripada sudut pandangan Islam akan hukum hakamnya Wa'allahhualam. Apapun ini ada salah satu daripada amalan org tua-tua kita terdahulu jika mereka menaiki rumah baru.
Wasalam Wa'allahhualam.
Wa'allahhualam Salam hormat daripada Pengarang,
Salam...
BalasPadamyg ni pun koi baru tau...
org skrg ni main redah jek...
makhlus halus mmg wujud...
org dulu2 sgt tertib dlm setiap perbuatan..
Amalan ini masih diteruskan ni..siap asam garam lagi letak atas sinki..
BalasPadamsalam Yassin..
BalasPadampada koi baut kenduri doa selamat jer
he he..tiap-tiap malam selama 44 hari
baca surah yassin @ al-baqarah nak halau hantu
iblis..insyaallah..(cara koi)
Shinju - aok org mude mmg gitu pakat redoh aje..hehehe.......
BalasPadamEn Syed - Gitulah adat dan amalan org dulu2...mmg benar sesetgh drp kita masih mengamalkan perkara itu.
Zul - Amalan org dulu.. cara aok tu kena juga pada tmptnya kawan sokong juge tu...
paling baik isikan rumah baru dengan alunan al quran ataupun bacaan ayat2 suci supaya jin2 yg melepak kat situ terasa panas.
BalasPadamsalam enYassin
BalasPadamgitu la gaye org lama kite.adat dulu kale.tp leni kene la sesuaikan dgn amalan agame,takut bende tu bercanggoh.yg perlu dikekalkan,kite kekalkan,yg tok perlu tu, takyoh dipertahanlah kwn rase....
Cikgu jang - itulah cara hok moleknya.
BalasPadamPacifist - Betul, selagi tak bercanggoh boleh. kalau agok dah gi kelain tinggalkan.