Kehidupan ini penuh
sinis dan kiasan
kehidupan ini penuh persoalan
soal kebaikan, kejujuran
Mengejek dan di ejek
Merendah dan direndahkan
di kata dan mengata.
ada kala dipuji dan dikeji
Kiasan terkadang bersahaja
ada suka ada hiba
ada tawa, ada duka
ada senyum tangis dalam tawa
ada kala penuh lara
Kias bukan sembarangan
penuh maksud tercipta.
Dalam sinis ada kiasan
dalam sinis ada sindiran
perlu beriringan
agar sinis tidak bersahaja
agar kiasan membawa
pergertiannya.
Nukilan : akuanakpahang.
Jerantut 07Mei2010
Wa'allahhualam Salam hormat daripada Pengarang
,
agar sinis tidak bersahaja
BalasPadamagar kiasan membawa
pergertiannya.
agar sinis dan kiasan diambil keduanya :)
Zaid haris - Jika sajak ini agak sinis anggaplah saya berkias didalamnya :)
BalasPadamAda juga yang masih tersengih bila terkena sindiran yang sinis..agoknya tak faham..
BalasPadamsalam Yassin
BalasPadambesar pengertian
di sebalik sajak
salam,
BalasPadamitulah kehidupan...
salam bro
BalasPadamsinis dan sindiran dua persepsi yang berbeza bagi saya.kadang kala sindiran itu mengandungi nasihat tersirat untuk membaiki kelemahan kita, kadang akala ianya bagai onak tajam di jalanan, darahnya sukar untuk diubati melainkan menemui penawar bisanya.
sinis, boleh sahaja diambil sebagai anjakan paradigama membnina peneguhan motivasi negatif.biasanya dari pandangan sinikal dan sinis itu boleh membina kendiri positif jika yang kena pandangan sinis itu mengambil sudut pandang positif.bagaimapaun kadang kala pandangan sinis itu bboleh melemahkan seseroang. Contohnya bagi OKU yang sedang berusaha berniaga atau bekerja sendiri demi kelangsungan hidup...namun apapun, yang penting dalam hidup ini, Allah ada di sisi. Dia tak penah pandang sinis pada hambaNya...
Salam semua terima kasih kerana mambalas entri ini. Qaseh mas terima kasih byk2 kerana huraian yg panjang lebor..TQVM
BalasPadam