Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

29 Ogo 2013

INFO : SENGATAN OBOR-OBOR BOLEH MEMBAWA MAUT

Sengatan obor-obor boleh mendatangkan kecederaan dan kematian.

Pada awal Februari 2010, seorang pelancong wanita dari Sweden yang sedang bercuti di Langkawi mati di sengat obor-obor atau ampai-ampai ketika berenang di Pantai Cenang. Menurut laporan media, Carina Löfgren sedang menuju untuk kembali ke pantai bila dia disengat obor-obor hanya beberapa meter dari pantai.

Suaminya Ronny Lofgren dilaporkan sebagai berkata: "Carina berada hampirsatu meter di depan saya semasa kejadian itu. "Airnya bukanlah dalam sangat, hanya paras peha saya. Tiba-tina dia (Carina) menjerit dan memegang pehanya. Kami mengesyaki dia disengat obor-obor.

"Bila berada di samping Carina, kami cuba mencabut sesungut dari kakinya danberjaya melakukan dalam beberapa saat tetapi beliau kemudian jatuh pengsan." Menurut laporan media juga, suami dan adik lelaki Carina telah membawa mangsa keluar dari air.

Adikya cuba membantu Carina dengan memberi rawatan kecemasan termasuk pernafasan dari mulut ke mulut dan resusitasi kardiopulmonari (CPR). "Beliau (adik carina) telah mencuba CPR selama empat hingga lima minit," "Carina mati dalam pelukan saya," cerita Ronny dengan penuh kesedihan dalam laporan media itu.

Menurut laporan media itu juga, ambulans tiba tidak sampai 15 minit dan kakitangan paramedik memberitahu Ronny bahawa sudah agak terlewat untuk menyelamatkan Carina.

TANPA TULANG BELAKANG

Menurut pakar-pakar biologi marin (laut), ampai-ampai kotak adalah sekumpulan hidupan invertebrata (tanpa tulang belakang) yang tergolong dalam kumpulan Cubozoa. Satu daripada hidupan jenis ini yang paling bahaya ialah Chironex fleckeri yang dikenali juga sebagai 'tebuan laut'.

Pakar-pakar menyatakan Chironex Fleckeri dijumpai di lautan sekeliling Australia dan spesimen jenis itu mempunyai venom yang cukup bagi membunuh60 orang dewasa. "Organisme ini adalah kecil dan lutcahaya membuatkan ia sukar kelihatan,"jelas seorang penyelam skuba veteran, Steven Martyn, yang ditemui di sebuahhospital di sini.

Kegagalan jantung dikenalpasti sebagai penyebab utama kematian bila mangsa disengat 'tebuan laut' dan kerapkali dalam kes seumpama itu kematian dilaporkan berlaku dengan begitu cepat," kata Martyn.

DESTINASI PERCUTIAN
Bagi Martyn, adalah penting untuk mengetahui tentang wujud atau tidaknya obor-obor di pantai resort di destinasi percutian yang dikunjungi.

"Ada diantara destinasi percutian popular meletakkan jaring bagi memerangkap obor-obor tetapi ia hanya berjaya memerangkap obor-obor yang besar manakala yang kecil dapat meloloskan diri," kata beliau.

Ada laporan mengenai mereka yang berenang disengat dan gagal kembali kepantai dan sebab kematian adalah kegagalan jantung akibat disengat obor-obor. Jikapun sempat kembali ke pantai, mangsa perlu mendapatkan segera bantuan perubatan, kata Martyn.

SESUNGUT
Menurut ensiklopedia mengenai hidupan marin, sesungut obor-obor mempunyai ratusan sel penyengat yang dikenali sebagai nematocysts.

Nematocysts melindungi obor-obor daripada pemangsa (predator) dan digunakan bagi menyengat hidupan kecil yang lain. Bergantung kepada spesies obor-obor, sentuhan kepada sel penyengat ini boleh membawa kecederaan dan kematian.

Kesannya berbeza dari gatal-gatal, sakit yang sedikit dan kecil kepada jenisyang 'pedih dan berapi' selain boleh menyebabkan iritasai kulit seperti kulit melepuh selain menimbulkan kesukaran pernafasan, serangan jantung dan kematian.

Samada sengatan daripada obor-obor menjadi toksik bergantung kepada jeni sobor-obor itu dan ketahanan (tahap imuniti) badan manusia yang disengat.

Menurut ensiklopedia itu lagi, sengatan obor-obor yang paling toksik adalah daripada 'ampai-ampai kotak' atau Chironex fleckeri dan Caruka barnesi yang terdapat di Australia dan sebahagian dari laut Indo-Pasifik. Obor-obor jenis ini diketahui dapat membunuh manusia hanya dalam masa lima minit.

REAKSI
Lain individu akan memberi reaksi yang berbeza terhadap sengatan obor-obor.  "Anggaplah sengatan obor-obor sebagai racun dan jika lebih kecil saiz badan orang yang disengat, maka kesannya akan lebih besar berbanding dengan orang yang bersaiz badan besar," jelas Martyn.

Samalah juga reaksi terhadap sengatan lebah, ada yang hanya menimbulkan alergi biasa dan ada yang mengalami kejutan anaphilaktik yang membawa kematian dari hanya satu sengatan.

"Begitu juga dengan sengatan daripada obor-obor," tambah Martyn. - SUMBER BERNAMA

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...