Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

2 Jul 2013

INFO LESUNG PADI DAN PROSES MEMBUAT EMPING PADI

 
 Lesung Padi
Jika dahulu lesung padi atau ada juga yang menyebut lesung padi kayu atau lesung indik banyak sekali terdapat di sesetangah kampung di Pahang ini dan boleh dikatakan di kebanyakkan kampung-kampung yang mempunyai sawah padi pasti disetiap rumah terdapat lesung padi kayu ini. Pasti tujuan utama lesung padi ini untuk menghasilkan atau untuk memproses padi dijadikan beras atau bagi tujuan membuat emping padi. Kini boleh dikatakan lesung padi ini sudah melewati waktunya dan semakin dilupakan. Malahan mungkin genarasi hari ini sudah tidak mengenali akan lesung padi ini.

Emping padi merupakan sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada padi. Padi pulut yang lewat ditanam, khas sebagai penutup musim menanam padi, biasanya lebih lambat masak dan akan dituai semasa masih hijau dan sesuai untuk dijadikan sebagai emping.

Padi tersebut akan di tuai dan digemal dan dilerai. Padi yang lerai tersebut akan ditumbuk dengan menggunakan lesung kayu. Gula dan kelapa parut akan dicampurkan bagi menghasilkan emping dan renga sebagai satu resmi yang menjadi tradisi dikalangan pesawah.

Pesta mengemping padi kebiasaannya menjadi satu acara yang dinantikan kerana pada masa dahulu, pada ketika itu lah para pemuda kampung dapat mencari pasangan hidup atau gadis-gadis kampung bergaul di bawah pengawasan orang-orang tua. Hari ini perkara ini mungkin sekadar tinggal nostalgia sahaja.

Emping Padi

PROSES MENGHASILKAN EMPING PADI
Kebiasaannya, emping padi dihasilkan pada penghujung musim penanaman padi, bila mana dalam tempoh tersebut, padi yang ditanam telah mencapai proses pra matang. Ianya dapat dikenalpasti dari warna buah padi muda yang hijau telah bertukar menjadi hampir kekuning-kuningan. maka dalam tempoh tersebut, adalah sangat sesuai buah padi tersebut di proses untuk dijadikan emping.

Bukan semua jenis padi sesuai untuk untuk dijadikan emping, hanya beberapa jenis padi sahaja dapat menghasilkan emping yang sedap dan menyelerakan. Spesis padi pulut adalah tidak sesuai sama sekali dalam proses ini.

Padi yang akan menjalani proses, hendaklah dari padi yang baru dituai, dipisahkan dari tangkainya serta diasingkan dari padi yang tidak berisi dengan melalui proses yang dinamakan ’mengangin’. Proses seterusnya adalah dengan merendam padi tersebut untuk tempoh 6 hingga 8 jam. Dalam proses ini, hanya padi yang tenggelam sahaja akan dipilih.

Dalam tempoh merendam tersebut, peralatan mengemping perlu disediakan secukupnya supaya tidak akan mengganggu proses seterusnya, kerana padi yang telah siap direndam, perlu segera menjalani proses mengemping.

Peralatan-peralatan yang perlu disediakan adalah:

A. Peralatan memasak
1. Dapur gas besar atau Dapur kayu
2. Kuali bersaiz besar
3. Sabut kelapa

B. Peralatan Mengemping.
1. Lesung padi (lesung kayu)
2. Antan (alu) / 2 unit
3. Bilah Perejam (1.5m panjang)
4. Nyiru dan gadang

MENGEMPING

Buah padi yang telah menjalani proses merendam tadi hendaklah ditoskan selama 1 hingga 2 jam bagi menyingkirkan air yang terdapat di bahagian luar buah padi tersebut. Sementara itu, dapur dinyalakan dan kuali penggoreng dipanaskan dengan api yang perlahan. Setelah proses tos selesai, padi tersebut digoreng di atas kuali dengan nyalaan api yang sederhana. Sabut kelapa digunakan untuk mengacau padi yang digoreng. Padi hendaklah sentiasa dikacau supaya masak samarata dan mengelakkan kulit padi dari hangus.

Padi yang telah sedia ditumbuk dapat dikenalpasti apabila beberapa biji padi tersebut pecah dan membentuk ‘bertih’, maka, padi tersebut hendaklan dipindahkan seberapa segera ke dalam lesung kayu yang tersedia. Proses menumbuk juga hendaklah dimulakan sebaik sahaja padi goring tadi dimasukkan, kerana melambatkan proses ini akan menyebabkan padi menjadi sejuk dan menghasilkan emping yang kurang bermutu.

Kaedah menumbuk hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Biasanya 2 atau 3 individu diperlukan untuk proses ini. Peraturan dan kesefahaman juga perlu diambil kira bagi melancarkan proses penting ini, penggiliran menumbuk dan merejam adalah amat penting. Bilah perejam adalah merupakan alat bagi membalik-balikkan bahan di dalam lesung dan mengelakkan bahan dari melekat pada lesung dan perlu dilakukan berselang dengan antan (alu).

Proses menumbuk akan berakhir apabila padi goreng tersebut menjadi leper dan semua kulit padi tersebut telah terpisah dari isi. Emping yang masih bercampur kulit padi tadi perlulah dikeluarkan dari lesung dan diletakkan de dalam nyiru bagi menjalani proses ‘menampi’ untuk membuang kulit padi tersebut. Setelah bersih, pindahkan emping yang telah siap ke dalam gadang untuk disimpan. Ulangi semula proses menggoreng padi dan menumbuk sehingga kesemua padi rendam habis. Disunting daripada pelbagai Sumber by Google. Kredit gambar Lesung padi kepada : Facebook Family Tanjong Besar Benta Kuala Lipis.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum mana nak dapat emping ni lagi...

    BalasPadam
  2. salam yea tuan...empeng padi kegemaran bonda che mat...tapi susah nak dapat...di belah2 Johor, kalau ada pun yang dah lama, rasa dah tak sedap....

    BalasPadam
  3. Kalau disebelah pantai timur ini masih mudah utk didapati... mungkin kebykkanya datang daripada negeri Kelantan.

    BalasPadam
  4. kat Kelanatn banyak emping!!! best mkn ngan nyior

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...