MAIN MENU

Footer Pages

10 Sep 2025

SULTAN AHMAD AL-MU’AZZAM SHAH DI TANDU HINGGA KE AKHIR HAYAT

Sultan Ahmad 1
Di ceritakan sehinggalah sampai ke penghujung hayatnya, Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah terpaksa di tandu apabila hendak bergerak ke mana-mana, kerana diserang penyakit sendi.

Pada tahun 1910, sewaktu berusia 74 tahun, baginda tidak boleh berjalan lagi dan ditandu di dalam sebuah bakul khas yang diangkat oleh 2 orang pekerja istana, menggunakan pengandar kayu. Menurut cerita orang-orang tua, Sultan Ahmad suka bersiar-siar di kawasan istana baginda, sambil ditandu.

Sultan Ahmad 1
Pada waktu-waktu yang tertentu, baginda kelihatan ditandu di sekitar bandar Pekan sambil diiringi oleh para pengiring baginda. Sewaktu hari perkahwinan puteri bongsu baginda, Tengku Mariam yang berlangsung di Istana Pantai dalam tahun 1913, Sultan Ahmad menyempurnakan istiadat perkahwinan tersebut dari atas tempat baginda ditandu.

Setelah baginda mangkat dalam tahun 1914, bakul tempat baginda ditandu itu telah disimpan di istana oleh kerabat baginda, sebagaI tanda kenang-kenangan. Tetapi tidak dapat dipastikan di mana letaknya bakul tersebut pada masa sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.