02 SEPTEMBER 2025 : Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berjaya menyiapkan Projek Jalan dan Jambatan baharu dari Kg. Labu, Jerantut ke Kg. Gemunchur dan Kg. Mela, Kuala Lipis lebih awal daripada jadual asal.
Laluan ini telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 2025 (Ahad), bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025. Jalan baharu ini memendekkan jarak perjalanan dari 60km kepada hanya 17km, menjimatkan masa perjalanan hampir 45 minit. Jalan baharu ini juga membuka laluan strategik pelancongan menghubungkan Taman Negara Kuala Tahan dengan Cameron Highlands melalui Kuala Lipis.
Infrastruktur berimpak tinggi ini diyakini menjadi pemangkin ekonomi luar bandar, khususnya dalam sektor pelancongan dan pertanian, demi kesejahteraan masyarakat desa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.