Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah telah mengangkat puteranya Tengku Mahmud menjadi Pemangku Raja pada 22 Julai 1889 bagi membantu Baginda di dalam urusan pemerintahan negeri. Kemudiannya, menurut persetujuan Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah yang disahkan di dalam Mesyuarat Negeri pada 11 Oktober 1891, Tengku Mahmud diberi gelaran Tengku Besar Pahang iaitu gelaran kepada seorang bakal Sultan.
Baginda telah berkahwin dengan Tengku Mariam iaitu puteri kepada Al-Marhum Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah di Johor Bahru pada 14 September 1897 tetapi tidak mempunyai zuriat.
Baginda berjaya menaiki takhta pelepasan ayahandanya pada 13 April 1909 kerana usia tua. dan Tengku Mariam pula dilantik sebagai Tengku Puan Besar. Pemerintahan baginda sebagai Sultan Pahang selama lapan tahun, apabila baginda mangkat pada Selasa 19 Jun 1917 di Istana Sri Terentang, Tanjung, Kuala Pahang. Baginda digantikan adindanya tiri Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah. Sumber Info Wikipedia, Gambar Pitis kredit : Awang Sharul Temerloh, Pahang akuanakpahang.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.