MAIN MENU

Footer Pages

7 Jun 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN

PKPP

PKP > PKPD > PKPB > PKPP
Alhamdulillah, banyak kelonggaran yang dibenarkan jangan lupa patuhi SOP yang telah  ditetapkan. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP bermula 10/06/2020 - 31/08/2020

1. Rentas negeri dibenarkan.
2. Gunting rambut dibenarkan.
3. Pasar pagi/petang/siang/malam dan gerai-gerai yang bukan restoran dibenarkan.
4. Dobi layan diri, kolam mancing dibenarkan.
5. Aktiviti sukan yang tak melibatkan sentuhan badan dibenarkan.
6. Berbasikal dan konvoi motorsikal dibenarkan.
7. Sukan yang ada sentuhan tidak dibenarkan lagi.
8. Pelancongan domestik dibenarkan.
9. Sempadan negara masih ditutup.
10. Sambutan Hari Raya Aidiladha dibenarkan.
11. Solat berjemaah dilonggarkan dengan membenarkan lebih ramai. Akan diumumkan nanti.
12. Sekolah akan dibuka secara berperingkat. Pengumuman akan dibuat nanti.
13. Waktu operasi perniagaan seperti biasa dengan norma baru.
14. Pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat karaoke, taman tema, kenduri, rumah terbuka masih belum dibenarkan.

Sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes positif Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan (PKPD) di kawasan yang terlibat.

Alhamdulillah. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia. Mari kita bangunkan kembali ekonomi. Jangan lupa norma baru kita. Sentiasa basuh tangan atau cuci dengan hand sanitizer dan penjarakan sosial. Sumber Facebook  akuanakpahang.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.