Langau makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.
Langau merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.
Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang menyebabkan laut terasa masin.
Kebanyakan garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.
Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.
Pada masa dahulu harga garam adalah sangat mahal.Ini adalah kerana terdapat sebuah negara yang membayar gaji tenteranya dengan garam dan dari situlah kata nama 'gaji' dalam bahasa Inggeris dicipta iaitu 'salary' yang diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud 'garam' Sumber : Wikipedia
GARAM DAN LANGAU
Pesan orang tua " Jadilah garam yang boleh mengawit ikan supaya ikan tidak busuk . Ikan yang sudah diawit boleh disimpan lama dan boleh dimakan kemudiannya ".
Pesan orang tua lagi " Kalau tidak berupaya jadi garam , jangan pula jadi langau . Apabila langau menghurung ikan , ikan akan busuk dengan cepat dan tidak boleh disimpan lama ".
Kita akan menghadapi masalah kalau langau lebih banyak daripada garam . Setelah ikan menjadi busuk dan tidak boleh dimakan , langau mencari ikan lain pula untuk mengulangi habit kehidupannya .
Sebagai manusia yang berakal , kita patut hapuskan langau itu . Sembur sajalah langau itu dengan racun serangga . Kalau tidak dapat sembur dengan racun serangga , ikan itu patut disimpan di dalam peti sejuk . Langau sepatutnya tidak diberi peluang menghurung ikan supaya ikan tidak cepat busuk . - YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Petua nak halau langau
Dapatkan secekak daun sup campur sekali daun bawang atau daun kari. Kemudian letak dalam bekas yang berisi air. Letak dimana mana lalat atau langau tersebut berkeliaran. Kebenarannya lalat atau langau tidak suka dengan aroma daun-daun tersebut .
Jangka hayat langau
- Jangka hayat seekor lalat adalah sekitar 8 ke 10 hari.
- Ia bermula dari peringkat telur bersaiz 1mm yang kekal selama 10 ke 12 jam
- Kemudiannya bertukar menjadi larvae dari saiz 1mm kepada 12mm selama 4 ke 5 hari. Dalam bentuk ini mereka lebih suka keadaan yang lebih panas dan lembab serta gelap.
- Dari larva ia akan bertukar menjadi kepompong dan bertukar menjadi kehitaman dalam masa 24 jam. Kepompong sedikit demi sedikit menjadi keras dan kekal dalam keadaan tersebut selama 4 ke 5 hari.
- Apabila tiba masanya lalat akan muncul keluar dari kepompong tersebut setelah menebuk lubang dari kulit keras itu. Lalat yang keluar berwarna perang pucat, lembut dan tidak bersayap. Sayap akan muncul keluar dan kulitnya mengeras dan warnanya bertukar dalam masa ia berehat selepas keluar dari kepompong selama 2 ke 24 jam. Selepas keluar sayapnya lalat mula aktif mencari makan.
- Selepas daropada itu bagi lalat jantan ia mula aktif bersenyawa selepas 24 jam manakala lalat betina selepas 30 jam.
- Dalam tempoh 2 ke 3 hari lalat betina mula mengeluarkan telur dalam jumlah sekitar 100 ke 150 biji. lalat mampu hidup selama seminggu dan dalam tempoh tersebut ia bertelur sebanyak 2 ke 3 kali.
Akhir kata : " Sekiranya tidak berupaya menjadi garam , jangan pula kita menjadi langau . Apabila langau menghurungi ikan , ikan akan busuk dan buruk dengan cepat dan tidak boleh disimpan lama ". Sumber - Artikel di sunting daripada pelbagai sumber.
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
Assalamualaikum,lama tak menyinggah..nice info Yassin
BalasPadamWmsalam... terima kasih sahabat lama Zulkbo kerana sudi singgah semoga sihat ceria sokmo yak :)
Padam