Maksud dari peribahasa "awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagu @ untungnya adalah orang lain yang berusaha, maka orang lain pula yang merasakan manfaatnya. Peribahasa Awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya dapat anda gunakan dalam kehidupan sehari-hari, baik dalam bentuk lisan maupun tulisan sebagai suatu perumpamaan yang mempunyai maksud orang lain yang susah payah berusaha, maka orang lain pula yang merasakan atau beroleh kesenangan dan manfaatnya.
Pepatah “ Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” bermaksud sesuatu cita-cita atau matlamat itu tidak akan tercapai tanpa usaha.
Bagi mencapai sesuatu matlamat, seseorang itu harus berusaha. Usaha yang berterusan sewajarnya kita mempunyai perkara seperti berikut :
- Mempunyai kemahuan yang kuat mahu mencapai kejayaan.
- Mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa usaha yang hebat akan menghasilkan kejayaan
- Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan sanggup membantu orang lain bagi mencapai kejayaaan yang sama
- Mempunyai kaedah dan cara tersediri yang hebat bagi menjamin sebuah kejayaan.
Benarlah pepatah tetap sebagai pepatah yang ada maksud tersirat. Moralnya jika kita bersungguh-sungguh dan berusaha pasti kita akan beroleh kejayaan, apapun segala usaha kita akan menjadi sia-sia seandainya "Awak yang payah membelah ruyung orang bertandang yang beroleh untung”
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.