1. KANUN KESIKSAAN (N.M.B Bab 45)
Seksyen 140. Memakai Pakaian Askar, Kelasi atau Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau penerbang dalam
perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang di-Pertuan Agong,
memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai
apa-apa pakaian atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi
atau penerbang itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah
seorang askar, kelasi atau penerbang itu, hendaklah disiksa dengan
penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang
boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.
2. AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA 336)
Seksyen 16. Memiliki Secara Haram Barang-Barang Kepunyaan Askar,
Tentera Laut, Tentera Udara atau Polis. Sesiapa pun yang dengan sengaja
mendapatkan, membeli, menukarkan atau menerima dari sesiapa pun yang
berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan pertahanan
tempatan atau angkatan tentera pelawat atau mana-mana anggota Polis
Diraja Malaysia atau Polis Singapura sebarang kegunaan, pakaian atau
lain-lain barang atau peralatan askar, tentera laut, tentera udara atau
polis atau sebarang harta benda kepunyaan Kerajaan Malaysia atau
Singapura atau Kerajaan Negeri atau
Kerajaan Angkatan tentera pelawat, atau sebarang bintang-bintang
kurniaan untuk jasa baik atau untuk perkhidmatan terpuji atau lain-lain
atau sesiapa memiliki atau menyimpan sebarang kegunaan tersebut, pakaian
atau lain-lain barang, kegunaan atau kepunyaan lain atau
bintang-bintang kurniaan seperti
di atas dan tidak dapat
memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana dia mendapatkannya boleh
dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit atau dipenjarakan
tidak melebihi enam minggu atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 25.
Memakai Pakaian Seragam Yang Tidak Dibenarkan. Sesiapa jua pun yang
memakai tanpa kebenaran yang sewajarnya pakaian seragam yang ditetapkan
bagi kegunaan mana-mana angkatan bersenjata Malaysia atau manamana
angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau pasukan
polis Malaysia atau Singapura atau mana-mana Kerajaan atau Pihak
Berkuasa Tempatan atau apaapa pakaian yang merupai atau mengandungi
apa-apa lencana pasukan atau lain-lain lencana yang jelas bagi pakaian
seragam itu atau apaapa tiruan warna terhadapnya jika disabitkan boleh
dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit, dan apa-apa pakaian
seragam, pakaian, lencana atau tanda tersebut boleh dilucut hak. Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh
menjejaskan pemakaian pakaian seragam tersebut bagi maksud apa-apa
pertunjukan pentas.
3. AKTA RAHSIA RASMI 1972 (Akta 88)
Seksyen 9. (1)
Menggunakan Uniform Tanpa Kuasa. Jika seseorang dapat masuk atau
membantu seseorang lain supaya dapat masuk ke suatu tempat larangan
melalui sesuatu yang lain daripada tempat masuk yang dibenarkan atau
bagi maksud mendapat masuk, atau bagi membantu seseorang lain supaya
dapat masuk, ke sesuatu tempat larangan, atau bagi apa-apa maksud lain
yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia:
(a)
Menggunakan atau memakai, tanpa kuasa yang sah, apa-apa uniform tentera
laut, tentera darat, tentera udara, polis atau apa-apa uniform rasmi
yang lain atau apa-apa uniform yang hampir-hampir serupa dengannya
hingga mungkin memperdayakan, atau dengan palsunya merupakan dirinya
sebagai seorang yang berhak atau telah berhak menggunakan atau memakai
manamana uniform itu; maka dia adalah melakukan suatu kesalahan
yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau
penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. Sumber Google.
AAP - Perkara seakan mudah dan remeh tapi kesalahan tetap menjadi satu kesalahan. Moralnya kita orang awam tidak perlulah menggunakan pemakaian sedemikan.
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
Ada kereta dicat celoreng askar. Tak kena tahan dengan JPJ lagi kot. Belum ada penguatkuasaan atau belum dilihat anggota JPJ.
BalasPadamMungkin belum tiba dan kena masanya tu.. kelak akan kena kalau masih berdegil :)
Padam