PETALING JAYA: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyalahgunakan media sosial dan kemudahan rangkaian komunikasi untuk mengganggu-gugat kepentingan awam dan negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pelaku.
“Penyebaran dari perkongsian berita-berita tidak bertanggungjawab yang bertujuan mengaibkan dan mencalar kredibiliti pemimpin negara serta turut bersifat menghasut, menghina dan memfitnah dikesan menjadi-jadi sehingga menimbulkan persepsi bahawa aspek penguatkuasaan undang-undang di Malaysia amat lemah dan gagal dilaksanakan dengan berkesan.
“PDRM akan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang terpakai terhadap mereka yang menyalahgunakan kemudahan rangkaian dalam apa jua cara yang boleh memudaratkan atau mengganggu gugat kepentingan masyarakat,” katanya.
Khalid menasihatkan orang ramai dan juga pengguna media sosial supaya berhenti daripada membuat atau berkongsi maklumat tidak tepat yang bertentangan dengan peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Hasutan 1948 dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.
Katanya, kebebasan hak bersuara harus diamalkan secara berhemah dan berdasarkan kebenaran.
Jelasnya, hak itu tertakluk kepada sekatan-sekatan yang diterima pakai secara universal dan ditentukan oleh undang-undang khusus bagi melindungi ketenteraman awam dan kesejahteraan umum. Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com
AAP : Moralnya cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. MAKSUD PERIBAHASA : Berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk.
Apa maksud Netizen? Netizen membawa maksud rujukan DBP 1.
Pengguna Internet yang mengambil bahagian dalam masyarakat politik
seperti bertukar-tukar pendapat, membekalkan maklumat dan mengundi. 2.
Pengguna Internet yang memberi sumbangan untuk mengembangkan dan
menggalakkan pertumbuhan Internet. Sinonim warga siber.
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.