INFORMASI BERITA PENGETAHUAN SEJARAH TOKOH PAHLAWAN AGAMA POLITIK ADAT RESAM KEBUDAYAAN DAN NUMISMATIK
MAIN MENU
▼
Footer Pages
▼
9 Jan 2016
INFO DAUN SIRIH
Sirih atau nama saintifiknya Piper Betle, merujuk kepada dauh sirih yang diambil dari pokok sirih, sejenis pokok menjalar, yang merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan rumpun Melayu. Sirih merupakan tumbuhan semulajadi yang tumbuh menjalar atau bersandar pada batang pohon yang lain atau dibuatkan junjung supaya pokok tersebut boleh menjalar. Sebagai budaya masyarakat melayu biasanya daun sirih banyak sekali kegunaannya sebagai bahan perubatan dan sebagainya.
Sirih juga digunakan oleh masyarakat melayu sebagai hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit. Secara asanya sirih dijadikan makanan oleh masyarakat melayu dan india ianya dikunyah bersama gambir, pinang, dan kapur. Namun ada pendapat mengatakan memakan daun sirih bersama bahan-bahannya boleh dikaitkan dengan penyakit kanser mulut. Terutama kapur diantara bahan yang dicampur didalam adunan sirih tersebut.
Daun sirih yang dikenal pasti ada 3 jenis, iaitu sirih merah, sirih hitam dan sirih hijau. Namun yang paling banyak dikenali dan digunakan di masyarakat adalah daun sirih merah dan hijau, yang boleh dibezakan hanya dengan melihat warna daunnya. Daun sirih pada umumnya banyak ditemui ditanam di perkampungan tradisional melayu, dimana mereka masih banyak menggunakan sebagai ubat dari bahan semulajadi termasuk keperluan memakan sirih. Namun setelah khasiat sirih diketahui secara ilmiah, kini daun sirih sudah banyak dijadikan sebagai bahan untuk sabun kesihatan, ubat kebersihan kewanitaan, minyak dan lain-lainnya.
Sifatnya yang antiseptik boleh anda gunakan untuk menghilangkan bau badan akibat bakteria atau kuman. Disamping itu kesan positif dari penggunaan daun sirih iaitu mampu menahan pendarahan, mempercepatkan proses penyembuhan luka di salah satu bahagian tubuh, dan mengatasi masalah pada sistem pencernaan.
Ubat dari daun sirih boleh untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung, daun sirih digulung (diramas-ramas) dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung. Caranya dengan mengambil 2 helai daun sirih segar yang telah dibersihkan ke dalam kedua-dua lubang hidung sehingga darah yang keluar tidak ada lagi. Kandungan bahan aktif pada tiap lembaran daun sirih sering dimanfaatkan masyarakat sebagai racun perosak semula jadi untuk mengawal hama pembersihan tanaman dan sebagainya. Info dipetik daripada pelbagai sumber.
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.