Penulis sekadar berkongsi gambar diatas daripada halaman facebook seperti mana keluhan mereka dalam ertikata apa yang tersirat dan tersurat. Rujukan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mengatakan :
Apakah semua ini sudah tersirat dan tersurat? Jom kita rujuk dalam makna kamus dewan.
Makna Tersurat - Telah ditulis, tertulis, tercatat:
Makna Tersirat - Terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu)
Berdasarkan makna di atas, dalam sesebuah karya sastera sama ada puisi, cerpen, novel dan drama terdapat isi tersurat dan isi tersirat. Isi tersurat ialah makna yang secara umum dapat difahami oleh semua orang atau pembaca sesebuah karya sastera. Isi tersirat pula makna lain yang mungkin ingin disampaikan oleh pengarang sesebuah karya sastera. Makna tersirat ini perlu dikaji dan diteliti berdasarkan pemikiran yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Contoh karya yang padat dengan isi tersirat ialah puisi kerana sesebuah puisi yang ditulis oleh seseorang penyair biasanya mempunyai makna lain selain makna yang tersurat.
Tersirat - 1 telah disirat (bkn jaring dll). 2 ki terkandung atau tersembunyi;
tersimpan: Tiada sesiapa yg tahu akan apa-apa yg ~ dlm hatinya.
Tersurat
- 1 telah ditulis atau disuratkan; tertulis: Kita hendaklah memahami
apa-apa yg ~ dlm surat perjanjian itu. 2 sudah ditakdirkan.
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tuan Penulis,
BalasPadamBahasa Tuan masih berlapik dan bersopan-santun. Sungguh baik budi orang Pahang. Itu sebab Tun Teja pun boleh dibawa lari ke Melaka. Saya minta maaf. Anda di Pahang adalah saudara saya dan manusia juga. Saya sedih dan marah apabila saudara saya diperlakukan seperti ini. Tidak cukup-cukupkah lagi harta dan wang yang dikumpul selama ini. Orang Pahang harus bangkit!
Terima kasih tuan bak kata papatah... menang tak megah kalah tidak rebah... baik budi bahasa indahlah bangsa... hilang bahasa punahlah bangsa.
Padam