Biasanya orang-orang tua akan melarang sama sekali anaknya keluar rumah untuk bermain hujan dibimbangi akan mengalami demam. Namun disebalik bermain dan mandi hujan ada kebaikkannya. Menurut kajian bermain hujan atau mandi ketika hujan mempunyai kesan positif manfaat baik bagi tubuh seseorang.
1. Rambut jadi bersinar
Manfaat mandi hujan boleh membuat rambut bersinar bermula dari keyakinan orang-orang barat zaman dulu. Kepercayaan masyarakat barat dulu ternyata dibuktikan oleh sains. Dikutip dari Rainwater Connection, air yang turun dari langit ini mempunyai kadar kenetralan PH yang hampir sempurna, bebas garam, dan bebas mineral yang buruk bagi rambut.
2. Air hujan mengandungi H2O2 (Hidrogen Peroksida)
Air hujan mengandungi H2O2 (Hidrogen Peroksida). H2O2 sendiri boleh dijadikan holistic healing atau kerap disebut sebagai terapi rawatan. Padahal di dalam air hujan ada kandungan H2O2 ini (bersifat bukan organik).
3. Air Hujan mengandungi unsur Nitrogen
Selain kaya akan H2O2, air hujan juga mengandungi unsur nitrogen. Apabila anda bermain hujan maka tubuh akan memperoleh unsur nitrogen yang menggalakkan sintesis protein dan penciptaan sebatian dan asid amino yang memberi kesan kepada pertumbuhan, hormon, fungsi otak dan sistem kekebalan tubuh.
4. Menghilangkan bau hanyir atau hamis
Kerap mencium bau hanyir selepas makan ikan atau daging? Jangan bimbang, kerana cara menghilangkan bau tersebut adalah mencuci tangan dengan air hujan. Bahkan, air hujan lebih sempurna daripada sabun dalam menghilangkan bau hanyir. Tak percaya? anda boleh lakukan sendiri.
5. Menghilangkan racun pada tubuh
Akhir sekali tips yang paling bermanfaat air hujan boleh menghilangkan racun pada tubuh. Tips untuk menghilangkan racun dengan air hujan iaitu larutkan garam pada air hujan, kemudian rendam telapak kaki selama 15 minit. Lakukan secara rutin setiap kali turun hujan. Dengan begitu, tubuh akan bebas dari racun.
AAP- Larangan sama sekali jika sudah lama tidak hujan jangan sesekali bermain dan mandi pada hujan yang pertama kerana hujan yang pertama kali mempunyai racun dan kotorannya. Mandi selepas hujan yang pertama. Selepas mandi hujan atau bermain hujan anda perlu mandi dengan cara biasa agar anda tidak mengalami demam kerana mungkin ada alahan pada tubuh. Sumber asal : Jadiberita.com. Olahan semula akuanakpahang.blogspot.com
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
Kalau air hujan dekat kampung mungkin ok.tapi kalau dekat bandar, rasanya dah bercampur dgn asid.
BalasPadamAssalam, Bunda pernah terbaca bahawa mandi hujan juga adalah terapi untuk mengesan bahawa dalam badan kita ada unsur2 yang tidak baik (gangguan). Mandi hujan (membasahi seluruh tubuh).
BalasPadamAir hujan pastikan yang direct turun dari langit, bukan dari bawah bumbung atau dari bawah pokok. Sesetengah orang melarang keras anak2 bermain dan bermandi hujan, kerana takut demam/sakit.
Walhal demam dan sakit selepas bermandi hujan itulah tanda2 menunjukkan yang badan seseorang itu ada gangguan. Sekiranya tiada, maka mandi hujan tiada masaalah.
Semasa terapi mandi hujan itu eloklah, baca bismillah, berselawat, berdoa untuk tujuan penyembuhan dari unsur2 negatif. Kalau sempat bacalah ayat kursi, fatihah dan surah an'nas. sebagai terapi syifa'.
Selepas mandi biarkan basah beberapa minit dibadan barulah mandi seperti biasa.
wallahu'alam.