MAIN MENU

Footer Pages

12 Nov 2015

INFO SEKITAR BANJIR LUMPUR HUTAN LENTANG, BENTONG, PAHANG


 
INILAH AKIBATNYA APABILA ALAM MURKA DENGAN KERAKUSAN MANUSIA.
Photo kejadian banjir lumpur berhampiran kuarters kakitangan Jabatan Perhutanan di Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang malam tadi. Ia berpunca drp kegiatan pembalakan rakus di kawasan perbukitan Hutan Simpan Lentang hingga ke Janda Baik dengan alasan untuk memberi laluan kepada grid talian voltan tinggi TNB ke Negeri Sembilan. Isu pembalakan hutan simpan ini sudah dibongkar ketika saya masih bertugas sebagai Ketua Pengarang Berita TV3 sejak awal 2013 lagi tetapi pihak berkuasa Kerajaan Negeri Pahang bukan sahaja hanya membisu, malah kawasan penggondolan hutan ini terus diperluaskan ke kawasan sekitarnya dalam skala lebih besar.

Sesiapa sahaja yang melalui Lebuh Raya Karak dari toll Karak hingga ke Bukit Tinggi, boleh melihat kemusnahan hutan ini dengan jelas. Kawasan Hutan Simpan Lentang menjadi sasaran tangan rakus kerana sumber balaknya yang berusia ribuan tahun, dari spesis berkualiti tinggi seperti Merbau, Chengal, Seraya dan Meranti. Semoga bala kecil yang diturunkan Allah menerusi tragedi banjir lumpur ini akan membuka mata hati yang buta kepada kepentingan alam semujadi untuk kehidupan manusia dan makhluk Allah yang lain. Sumber Gambar dan berita kredit FB : Khaidir Ahmad

 Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan (maksiat) manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) "(QS Ar Ruum: 41).

AAP - Telah banyak contoh tauladan sebelum ini. Semoga semuanya menjadi iktibar untuk kita bersama bertapa kerakusan tangan-tangan manusia yang boleh mengundang bala Allah.  

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.