Wang kertas gantian memiliki peminat tersendiri di dalam dunia numismatik. Ramai pengumpul meminati prefix gantian bukan hanya ianya bakal memiliki nilai numismatik tinggi malah dengan harapan ianya bakal menjadi item "rare" bagi prefix-prefix yang dicetak dengan kuantiti yang begitu terhad.
Apabila kita sebut terhad, ramai tidak memahami bagaimana kejadian cetakan terhad ini terjadi dan mengapa ianya mampu mewujudkan nilai numismatik tinggi bagi sesuatu prefix. RM1 polimer Zeti Siri 12 yang memiliki prefix ZB sememangnya memiliki nilai numismatik dan ramai bertanya mengapa dan kenapa prefix ZB bagi RM1 polimer dijual dan dibeli dengan harga tinggi.
Prefix gantian ZA dan ZB dicetak bagi mengantikan wang polimer yang rosak bagi prefix AA hingga DD. Kemungkinan besar pihak berkuasa meluluskan sebanyak 10.14 juta keping wang gantian bagi mengantikan wang yang telah rosak serta tidak memenuhi syarat untuk memasuki edaran.
Setiap prefix hanya mampu dicetak dengan maximum 10 juta nombor siri berturutan iaitu XX 0000001 hingga XX10000000. Keadaan ini memaksa mengunakan 2 prefix bagi mencetak sejumlah 10.14 juta wang kertas iaitu seperti berikut:
ZA 0000001- ZA10000000 = 10 juta keping
ZB 0000001- ZB 0140000 = 140 ribu keping.
Jumlah = 10.14 juta keping.
Maka prefix ZA telah dicetak penuh (10 juta Keping) manakala prefix ZB hanya dicetak sebanyak 140 ribu keping. Setelah prefix DD, prefix DF telah dicetak oleh pencetak berbeza dan keadaan ini telah membekukan jumlah cetakan ZB pada angka 140 ribu keping.
(Pihak BNM mempunyai bidang kuasa untuk menyambung percetakan menggunakan prefix ZB sekiranya perlu.)
Mungkin anda ingin bertanya bagaimana saya tahu angka 140 ribu tersebut? Di dalam dunia numismatik, tiada maklumat 100% tepat selagi ianya tidak disahkan oleh pihak BNM. Maka kebanyakan pengkaji dan pengumpul hanya mampu meneka dan membuat kesimpulan mengikut bukti yang wujud di depan mata seperti wang kertas yang telah dijumpai dan di dalam simpanan para pengumpul serta maklumat tidak rasmi daripada kenalan kakitangan BNM.
Setakat ini belum ada sesiapa mengaku memiliki atau terjumpa nombor siri yang melepasi angka 140 ribu. Kesemua prefix ZB yang dijumpai hanya memiliki nombor siri dengan angkanya kurang 140 ribu.
Keadaan ini yang membuatkan para pengkaji numismatik membuat kesimpulan bahawa prefix ZB telah dicetak dengan terhad iaitu 140 ribu keping. Ramalan ini mewujudkan pemburuan prefix ZB agar tidak ketinggalan untuk memiliki minimum 1 keping demi melengkapkan koleksi. Sumber Kredit : http://numiscat.blogspot.com
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
baru tahu..heheh
BalasPadamWah... sebelum ni tak kisah pun nombor-nombor tu..
BalasPadamRupa-rupanya ada maksud. hehe