Info lain syiling ini merupakan syiling pada awal masa Kesultanan Palembang yang pertama kali dipimpin oleh Sultan Ratu Abdulrrahman Khaifatul Mukminin Sayidul Imam. Syiling ini juga dinamakan sebagai pitis buntat kerana berlubang ditengah. Semasa Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Palembang pada masa Kesultanan Palembang lebih bercorak Islam sehingga syiling ini bertuliskan dengan huruf arab. Duit syiling ini diperbuat daripada timah. Namun hari ini mungkin untuk menemui syiling ini sangat sukar kerana dicetak terhad pada masa itu dan telah berumur ratusan tahun. Tidak kurang mungkin ramai yang telah menyimpannya syiling ini sebagai koleksi peribadi.
Saiz berukuran 17 mm & 18 mm.
Material : Timah
Berat : 1-2 gram
Kondisi : Circulated sebagian besar syiling ini sudah rosak, mungkin kerana sudah mamah usia, namun inskripsi syiling ini masih dapat terlihat dengan jelasnya.
Dari Lipis ke Inderagiri
Singgah di Jerantut membeli keladi
Pitis Palembang nama diberi
Sejarah lampau tersemat abadi.
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.