Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil menunjukkan air Sungai Lau yang tercemar dan berlumpur akibat pembalakan.
JERANTUT – Aktiviti penerokaan hutan yang semakin rakus di kawasan hulu Sungai Pahang menjadi punca utama beberapa kawasan di sungai tersebut hampir kering dan kini paras airnya tinggal setakat buku lali.
Tinjauan Kosmo! di Taman Negara Kuala Tahan dan Ulu Tembeling dengan jelas dapat melihat aktiviti pembalakan yang semakin drastik berlaku di sekitar kawasan Hutan Simpan Tekai dan Hutan Simpan Tembeling.
Tindakan itu mengakibatkan Sungai Tembeling menjadi cetek kerana berlaku mendapan serta hakisan pasir yang berpunca daripada penebangan balak.
Beberapa batang anak sungai seperti Sungai Tekai, Sungai Tabung, Sungai Bubut dan Sungai Pengau yang mengalir ke Sungai Tembeling turut terjejas dengan semakin cetek, keruh dan penuh dengan mendapan pasir.
Anak-anak sungai itu dipercayai mengalami kemusnahan kerana kawasan tadahan air turut rosak akibat kegiatan pembalakan. Turut menyumbang kepada kemusnahan sungai-sungai itu ialah apabila beberapa laluan balak dibina bagi mengeluarkan hasil hutan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO hari ini.
Suatu tahap yang sudah boleh dikatakan kritikal sekarang ini sampai bila perkara ini hendak dibiarkan? Apakah ini adalah hadiah daripada bijak pandai yang telah dilantik?
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.