Taman Negara Malaysia merupakan hutan simpananan yang terkemuka di Malaysia. Ianya adalah taman negara pertama, utama dan terbesar di Malaysia dengan keluasan melebihi 4,343 kilometer persegi hutan hujan yg sangat tua merentasi tiga negari iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Taman Negara adalah destinasi pelancongan yang terkenal bagi pencinta flora dan fauna bukan sahaja dari di dalam negara mala dari luar negara juga. Ianya merupakan salah satu hutan hujan tropika tertua di dunia dan dianggarkan berusia 130 juta tahun. Memiliki kepelbagaian ekosistem yang kompleks, unik dan kaya dengan hutan pamah dan hutan tanah tinggi. Taman ini terkenal sebagai habitat bagi kira-kira 150 spesies mamalia, 53 spesies ikan, 479 spesies burung dan lebih daripada 3,000 spesies tumbuh-tumbuhan.
Taman Negara diwartakan pada tahun 1939 dengan nama asalnya ianya King George V National Park. Nama tersebut telah telah diubah dan ditukar kepada Taman Negara setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Harga untuk Coin kad peringatan Taman Negara ini dijual dengan harga RM15.00 untuk satu kad. Sumber Google | Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.