MAIN MENU

Footer Pages

16 Jun 2015

SYILING TUMBLED COIN

Koleksi Pelbagai Tumbled Coin 10sen, 20sen, 50 sen

Istilah "tumbled coins" biasanya merujuk kepada syiling yang mengalami perubahan disebabkan berlaku putaran yang kuat sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Biasanya syiling Malaysia yang ditemui adalah syiling tumbled yang terjadi dengan tidak sengaja iaitu syiling berkenaan mungkin termasuk kedalam mesin cuci pakaian atau mesin pengering pakaian. Bagi sesetengah pengumpul luar negara, mereka menggunakan tumbling machine untuk mencuci kotoran pada syiling tertentu. Kaedah ini tidak digalakkan oleh numismatik sama sekali kerana bakal merosakkan syiling tersebut.
Banyak ditemui syiling tumbled ini dalam edaran, ianya sering mengelirukan pengumpul, terutamanya dalam kategori struck through grease error kerana keadaan syiling yang terjadi sedemikian kelihatan hampir sama. Cuma dibahagian sisinya agak sedikit tebal. Di atas penulis kongsikan sebahagian koleksi tumbled coin yang terdapat didalam edaran bagi tahun-tahun yang berkaitan.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

1 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.