Parlimen Rompin merangkumi kawasan yang sangat luas, meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman, menyebabkan masa yang panjang diperlukan untuk proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
Calon Barisan Nasional (BN) diwakili oleh Datuk Hasan Arifin manakala calon PAS diwakili oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad.
PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.
KEPUTUSAN TERKINI/ RASMI PRK PARLIMEN ROMPIN PAHANG
Berikut adalah keputusan terkini dan rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Pahang yang diadakan pada Selasa 5.5.2015
Calon PRK Parlimen Rompin | Parti | Jumlah Undi |
---|---|---|
Datuk Hasan Arifin | Barisan Nasional (BN) | 23, 796 |
Nazri Ahmad | PAS | 14, 901 |
Undi Rosak |
Pemenang PRK Parlimen Rompin Pahang 2015 | Parti | Majoriti |
---|---|---|
Datuk Hasan Arifin | BN | 8895 |
Update
BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 8895 undi menerusi calonnya, mengalahkan pencabar dari wakil PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin telah diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Fadzilla Salleh, di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah
Dalam pada itu, kemenangan BN pada PRK kali ini turut menyaksikan majoriti berkurangan sebanyak 41 peratus atau 6,219 undi berbanding PRU 13
Pada PRU-13, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah menewaskan calon Pas, Nuridah Mohd. Salleh dengan majoriti 15,114 undi
Sumber : www.mysumber.com
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
BalasPadamJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)