MAIN MENU

Footer Pages

10 Apr 2015

PEMANDANGAN DARIPADA BUKIT ISTANA JERANTUT

Pemandangan Bandar Jerantut daripada Bukit Istana.
Istana yang telah ditinggalkan
 Berbatuan yang terdapat diatas Bukit Istana Jerantut
Kunjungan penulis ke Bukit Istana Jerantut pada hari ini - Bukit Istana terletak kira-kira lebih kurang lima Kilometer dari barat Bandar Jerantut dan mengambil masa kira-kira 10 minit perjalanan untuk sampai ke destinasi dengan menaiki kereta atau motorsikal. Ketinggian Bukit Istana ini dianggarkan 180m.

Asal nama bukit istana ini dahulunya disebut juga Bukit Panjang atau Bukit Kayangan namun nama tersebut kurang popular. Hari ini nama bukit ini lebih dikenali sebagai Bukit Istana kerana bersempena dengan adanya istana tinggal yang pernah dibina semasa Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassimu Billah Shah. Difahamkan istana ini hanya sebagai istana hinggap Kebawah Duli Sultan sekiranya berkunjung ke daerah ini.

Pembinaan istana ini penulis sendiri tidak mengetahui secara tepat bila ianya dibina, bermungkinan besar sekitar tahun 1960an, sekitar dalam tahun 1970an istana ini masih gah berdiri sehingga sekitar tahun 1980an istana ini seakan sudah terbiar sepi meniti hari.
Pencawang atau menara berkaitan yang terdapat diatas Bukit Istana Jerantut
Di atas bukit istana ini terdapat Pencawang RTM , TV3 dan TELEKOM Malaysia. Sedikit perkongsian gambar-gambar pemandangan diatas bukit istana dan bandar Jerantut daripada bukit Istana ini. Jika dilihat daripada bandar Jerantut Bukit Istana  ini jelas kelihatan akan pencawang atau menara yang berkaitan disana. Sumber : AKU ANAK PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.

3 ulasan:

  1. Semalam pegi situ nk msuk.. tp jln masuktu semak tebal sangat.. frust

    BalasPadam
  2. Semalam pegi situ nk msuk.. tp jln masuktu semak tebal sangat.. frust

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.