MAIN MENU

Footer Pages

4 Apr 2015

Helikopter Terhempas Di Semenyih Jamaluddin Jarjis Antara Terkorban.

NAHAS helikopter di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Mangsa lain adalah juruterbang Kapten Cliff Fournier, pembantu juruterbang dikenali sebagai Eidiana dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Dato’ Sri Azlin Alias.

Dua lagi mangsa dikenalpasti sebagai Dato’ Robert Tan dan seorang pengawal peribadi.

Setakat ini Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang telah mengesahkan, lima daripada enam penumpang helikopter terbabit ditemui maut.

Helikopter berkenaan dikatakan milik IGB Corporation dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation yang dimiliki mendiang Fournier.

Sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
 Gambar diambil sebelum kemalangan.

 Senarai Mangsa Yang Terkorban Nahas :

1. Chris - Pilot
2. Eidiana - co pilot
3. Tan Sri Dato' Sri Jamaluddin Jarjis
4. Dato Seri Azlin - Ketua SUS YAB PM
5. Dato Tan
6. Razkan - BG Tan Sri JJ (PDRM)

Biodata : Dato' Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis merupakan ahli politik Malaysia dari Rompin, Pahang. Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 di Pekan, Pahang dan meninggal dunia pada 4 April 2015. Kemuncak kerjaya politik beliau apabila dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pada 4 Ogos 2009, beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat
Kelulusan | Pendidikan :  Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan pada tahun 1958 dan menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ahmad pada tahun 1964 dan Sekolah Menengah Abu Bakar, Kuantan pada tahun 1967. Selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), beliau melanjutkan pelajaran ke University Of Manchester, United Kingdom pada tahun 1971 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal pada tahun 1974.

Artikel dipetik daripada pelbagai sumber.

Alfatihah dan Takziah daripada kami.

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.