MAIN MENU

Footer Pages

13 Mac 2015

ASAL NAMA GUA KOTA GELANGGI JERANTUT PAHANG


Gua Kota Gelanggi ialah satu kompleks bukit batu kapur yang mengandungi sekurang-kurangnya terdapat tujuh buah gua yang dipanggil kota iaitu Kota Tongkat, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Balai, Kota Rehut, Kota Jin dan Kota Kepayang. Gua-gua ini dipanggil kota yang membawa maksud negeri-negeri yang berada di bawah Kota Gelanggi pada zaman dahulu. Kompleks Kota Gelanggi pernah dilawati dan diselidiki oleh ramai ahli-ahli arkeologi dan kajibumi yang terkemuka tanah air dan luar negara.

Mengikut catatan dalam sejarah melayu, Kota Gelanggi adalah sebuah kerajaan yang tertua dahulunya dikenali sebagai Gelang Kiu dalam bahasa Thai bermaksud ‘Treasure House Of Jewels’ dalam Bahasa Inggeris. (Khazanah rumah permata) Mengikut cerita dalam sejarah tersebut, Gelang Kiu diperintah oleh Raja Gelanggi yang mempunyai seorang puteri yang sangat jelita dan telah bertunang dengan anak Raja Mambang. Raja Usul dari Kuala Bera telah datang ke Gelang Kiu dan setelah terjumpa Puteri Gelanggi lalu jatuh cinta. Dikhabarkan satu peperangan telah berlaku diantara anak Mambang dengan Raja Usul. Didalam peperangan itu anak Raja Mambang telah terbunuh dan Puteri Kota Gelanggi telah berkahwin dengan Raja Usul. Akibat daripada peperangan tersebut maka musnahlah kerajaan Gelang Kiu tarikh sebenar tidak dinyatakan didalam riwayat tersebut.

Anggapan penulis sahaja daripada nama kerajaan Gelang Kiu inilah terbentuk nama Gelanggi @ Gelangkiu kerana di sinilah dahulunya terdapat sebuah Kota. Jadi bukanlah perkara mustahil ianya terus dikenali dengan nama yang mashyur sehingga ke hari ini Kota Gelanggi.

Entri berkaitan :  MISTERI GUA KOTA GELANGGI  
Sumber : AKU ANAK PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.