Terpanggil juga penulis untuk berkongsi Page Facebook "Bantah Pembalakan Di Kawasan Tadahan Air Kg Baharu, Jerantut. Pahang."
"Kita tidak meminta lebih dari apa yg memang yg sepatutnya kita terima.
.
Kita hanya mempertahankan hak kita, hak penduduk kg, yg memang banyak
bergantung kepada kawasan tadahan air ini utk kehidupan seharian sebagai
bekalan air minuman dan juga utk kegiatan perikanan & pertanian.
.
Perkara asas seperti bekalan air minuman masih menjadi isu di kg ini,
walaupun sudah 58 tahun merdeka. Saya tak boleh bayangkan selepas 58
tahun, kami penduduk kg ini masih menggunapakai air bukit. Bayangkan
lah....
.
Sebagai alternatif, penduduk kg rata-rata
mengeluarkan modal sendiri membeli polypipe sehingga 7@8 km jauhnya
untuk mengambil air dari kawasan tadahan air ini dan disalurkan ke
banyakkan rumah dan juga ke masjid.
.
Sudah lah isu bekalan air
ini tidak selesai, sekarang sumber & punca utama bekalan air untuk
penduduk kg ini bakal dimusnahkan.
.
Dimana keperihatinan & tanggungjawab pihak pemimpin?
Dimana ke perihatinan & tanggungjawab pihak berwajib?
Adakah kami rakyat biasa boleh diabaikan dan dikontang-kantingkan begitu sahaja?
.Pembantahan
kami bukan berkenaan dengan soal politik, bukan berkenaan fahaman
politik. Ini adalah berkenaan dengan perkara asas lagi penting dalam
kehidupan penduduk kg. Ini berkenaan dengan "survival" penduduk kampung ini.
Bayangkan hampir 80% penduduk kg masih menggunapakai air bukit yang
datang dari kawasan tadahan hujan ini. Apa akan terjadi kepada penduduk
kg kalau kawasan tadahan air ini dimusnahkan? Dimana mereka boleh
mencari bekalan air utk minuman dan juga utk kegiatan ekonomi perikanan
& kolam ikan mereka?
.
Kalau perkara sepenting sedemikian
tidak dipertimbangkan dalam perancangan, maka perkara apakah yang pihak
pemimpin atau pihak berwajib pertimbangkan?"
Harapan Admin agar perkara ini dapat membuka minda pihak berwajib akan keluhan dan kebimbangan penduduk di kampung Baharu Jerantut . Semoga ianya dapat diberikan perhatian yang sewajarnya berkaitan dengan dengan permasalahan diatas. Jom kita bersama menyokong dan menglike Page Facebook tersebut. Sumber : Bantah Pembalakan Di Kawasan Tadahan Air Kg Baharu, Jerantut. Pahang.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.