INFORMASI BERITA PENGETAHUAN SEJARAH TOKOH PAHLAWAN AGAMA POLITIK ADAT RESAM KEBUDAYAAN DAN NUMISMATIK
MAIN MENU
▼
Footer Pages
▼
28 Dis 2014
LAWATAN PERDANA MENTERI BERTEMU MANGSA BANJIR DI JERANTUT
Menaiki helikopter khas, Datuk Seri Najib kemudiannya ke daerah Jerantut meninjau loji air Batu Embun yang terjejas akibat banjir hingga menyebabkan hampir seluruh daerah ini terputus bekalan air sejak tiga hari lalu. Hasil tinjauan, satu peruntukan khas diluluskan beliau bagi tujuan membaik pulih loji berkenaan.
Tinjauan seterusnya ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Balai Raya Batu Embun, yang menempatkan hampir 100 mangsa dari Kampung Lengka Naga, Pama Panjang, Kampung Batu Embun dan Perumahan Taman Seri Idaman.
Ini disusuli pertemuan dengan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Pusat Latihan Teknologi Tinggi Jerantut yang menempatkan 545 mangsa membabitkan enam buah kampung terjejas. Sumber Berita : www.tv3.com.my
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan