MAIN MENU

Footer Pages

29 Dis 2014

GAMBAR-GAMBAR KRISIS AIR DI BANDAR JERANTUT 2014

 
 
 
 
 
 
 
Penulis sempat merakamkan gambar-gambar ini semasa krisis air melanda bandar Jerantut. Berbagai kerenah yang dapat dilihat, ada yang berebut, ada yang berdiam diri kerana suasana sedikit kalut dan tidak kurang diwaktu seumpama ini ada juga diantara mereka masih sempat berselfie. Gambar ini adalah diantara koleksi gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa pemberian air bersih secara percuma oleh pihak PAIP di Dataran Majlis Daerah Jerantut diwaktu malam dan diwaktu siang hari.

Krisis air di daerah ini bermula daripada 24.12.2014 akibat banjir yang melanda kawasan ini yang mana mengakibatkan operasi loji air di Batu Embun tidak dapat beroperasi. Difahamkan intake di loji air tersebut tenggelam sama sekali dan menjejaskan operasi loji tersebut. Semasa entri ini dicatatkan kawasan ini masih didalam krisis air dan pihak PAIP masih lagi membekalkan air bersih di kawasan Dataran Majlis Daerah Jerantut bagi penduduk seluruh penduduk bandar Jerantut.

Bila air sudah seumpama emas, nilainya sudah menjadi bergitu tinggi. Rahmat air itu seakan hilang diwaktu air itu sedang melimpah dimuka bumi ini. Air adalah rahmat, disini barulah kita tahu bertapa air itu amat penting dan bermakna untuk sebuah kehidupan ini dan hargailah nikmat air.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.