Rumpai Miang Mexico atau nama sainstifiknya Parthenium hysterophorus dari
famili Asteraceae merupakan sejenis rumpai liar yang berasal dari
negara Mexico, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Rumpai ini juga
dikenali sebagai Carrot Weed.
Rumpai ini boleh tumbuh di pelbagai jenis dan keadaan tanah termasuklah
tanah kurang subur. Ia kelihatan seperti ulam raja dan panjang daun 30cm
dengan bilangan daun yang boleh mencapai 55 helai.
Bunga rumpai ini berwarna putih susu (krim) dengan ukuran diameter
4-6mm, pada batang rumpai ini terdapat bulu-bulu halus (trikomes) dan
bercabang. Biji benih rumpai ini berwarna perang kehitaman berbentuk
seperti baji dan boleh mencapai 100,000 biji benih perpokok dalam satu
kitaran hidup lengkap iaitu 3-4 bulan.
Rumpai ini merebak melalui angin, air yang mengalir, makanan haiwan
ternakan, haiwan ternakan yang diimport, pergerakan haiwan ternakan,
manusia dan pergerakan jentera, serta alatan pertanian.
Rumpai ini dikatakan sebagai rumpai yang berbahaya kerana memberi kesan
kepada ekosistem semulajadi, menyebabkan alahan kepada manusia dan
haiwan yang boleh membawa kepada kematian.
Kehadiran rumpai ini mula dikesan pada bulan September 2014 oleh Jabatan
Pertanian Malaysia di kawasan Ulu Yam Baru, Selangor dan selepas itu
bancian telah dijalankan dengan sistematik dan didapati negeri Perak,
Kedah dan Negeri Sembilan juga mempunyai rumpai ini.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.