Difahamkan teh kayu leban ini menggunakan kayu api iaitu "kayu leban" sebagai sumber api untuk memasak air kemudian di campur dengan teh yang enak iaitu "teh dara" pasti air yang dimasak dengan kayu api dapat menghasilkan aroma yang istimewa.
Menurut sumber daripada pewaris kedai tersebut, kedai ini hampir keseluruhannya masih mengekalkan struktur asas binaan bermula dari tahun 1948 pemilik asal kedai ini yang bernama Allahyarham Mohd.Taib Zayad.
Selain itu kedai ini menyimpan beberapa koleksi lama dan hebat diantaranya salinan kad pengenalan asal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Gambar2 sultan2 melayu yang terawal dan gambar2 penduduk kampung menangkap ikan sungai yang berat hampir mencecah 50 kg. Kedai ini membelakangkan sungai pahang yang menghilir ke Pekan. Saksikan video berkaitan :
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.