MAIN MENU

Footer Pages

22 Okt 2014

PROGRAM SENTUH ANJING " Want To Touch A Dog " JAHILKAH MEREKA?

Pelbagai reaksi yang kita lihat dari program "I Want To Touch A Dog" Namun bila melihat gambar diatas ini tersentuh juga hati penulis dan menimbulkan seribu pertanyaan dan persoalan. "PARAH"  itulah ayat yang mampu disebutkan. Kenapa boleh jadi macam ini? dimana silapnya? dimana kejahilannya mereka?
Saranan daripada banyak pihak agar penganjur dan mereka yang terlibat didalam melaksanakan program ini perlu diambil tindakan tegas! Apakah pihak berwajib hanya berdiam diri? Saranan kami pastikan penganjuran program seumpama ini tidak berulang. Jika dihalusi program ini ada unsur menghina pada islam dan umat islam itu sendiri, hina diatas kejahilan kita sendiri. Kepada saudara-saudara islam kita yang terlibat didalam program ini mohon bertaubat. Janganlah hendaknya mencampakkan diri anda kelembah kejahilan.

Lebih penting disini bukan soal kita takut kepada anjing itu, lalu kita disarankan untuk kita memegangnya dan menjinakkannya. Lebih penting disini binatang tersebut tergolong diantara binatang yang bernajis. Kita sebagai umat islam dilarang sama sekali mendekati dan memegangnya. Jika perlu kita boleh sahaja memegangnya dengan alasan tertentu. Namun perlu diketahui najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya.

Cara menyucikan najis mughallazah:

1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampurkan dengan air.
3. Gunakan air mutlak untuk basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.

Semoga video dibawah ini dapat memberi penjelasan berkaitan dengan anjing : Kempen "Terlajak Nak Buat Baik" - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

AAP - Moralnya jika tiada keperluan sebab dan menesabab, maka tidak perlulah kita bersusah payah untuk memegang binatang yang bernama anjing dan babi ini. Akhir kata, sama-sama kita berdoa semoga kita semuanya mendapat taufik dan hidayahnya jua.

Nota dikaki : Maksud perkataan Jahil jika dirujuk kepada DBP : 1. tidak mengetahui hukum atau ajaran agama Islam. 2. tidak mengetahui atau tidak memahami sesuatu hal; cetek pengetahuannya; Kejahilan keadaan atau hal jahil (dlm hal agama dll); kebodohan dan seumpamanya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.