MAIN MENU

Footer Pages

13 Ogo 2014

TAMAN SAFARI BAKAL DI BINA DI HULU TEMBELING, JERANTUT

Sebuah taman safari bertaraf antarabangsa seluas kira-kira 5,000 hektar dirancang dibina di daerah ini bagi melonjakkan pembangunan sosioekonomi penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Taman Negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Razak berkata, kawasan yang akan dilabelkan sebagai Bandar Raya Hutan Hujan Tropika itu melibatkan lokasi antara Tembeling Tengah dengan Hulu Tembeling.

"Pada masa ini kita telah menyiapkan kertas kerja bagi pembinaan taman safari tersebut dan menunggu lampu hijau daripada kerajaan negeri.

"Kita juga telah berjumpa dengan pemaju yang berpotensi dan setakat ini jumlah pelaburan luar yang berjaya dikumpulkan telah mencecah RM4 bilion," katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, selain melonjakkan sektor pelancongan di kawasan Taman Negara, pembinaan taman safari tersebut akan membuka kira-kira 30,000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, selain menjana pelbagai peluang perniagaan.

Tambah beliau, pembinaan taman safari berkenaan juga akan dapat merancakkan lagi pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan seperti jalan raya yang memberi manfaat berterusan kepada penduduk kampung.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan melaksanakan projek memulihkan semula hutan hujan tropika seluas 25,000 ekar di kawasan Kuala Tahan.

"Program pemuliharaan yang turut melibatkan penanaman semula balak ini menunjukkan komitmen kita dalam usaha melindungi hutan semula jadi yang akan menjadi contoh kepada dunia," ujarnya.

Sementara itu, beliau meminta penduduk di kawasan terlibat supaya tidak menjual tanah masing-masing, sebaliknya bersedia menyewakan kepada pihak terbabit kerana akan memberikan manfaat jangka panjang.

Ujarnya, pembinaan taman safari berkenaan sudah tentu akan meningkatkan lagi nilai tanah di kawasan berkenaan dari semasa ke semasa, seterusnya memberi manfaat kepada penduduk. Sumber : Utusan.com.my

Teringin juga nak bermanja-manja denga kuda belang dan zirafah :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.