MAIN MENU

Footer Pages

18 Ogo 2014

RONDA-RONDA KUALA TAHAN 18.08.2014

 
 
Hari ini penulis berkesempatan ronda-ronda ke Kuala Tahan sambil membuat tugasan. Sempat menjamu selera tengah hari di restoran terapung di Kuala Tahan ini makan ringkas sahaja :) Kelihatan air agak surut dan tidak keruh seperti diberitakan sebelum ini.

Kelihatan ramai juga pelancong yang datang bertandang ke mari bukan pelancong dalam negeri tapi pelancong luar negara. Sekarang kelihatan banyak restoran terapung telah dibina disini tidak sebelumnya cuma ada dua, tiga buah sahaja. Ada perubahan yang ketara dan teruskan saingan perniagaan yang sihat disana pasti sekiranya makanan sedap dan harga berpatutan tentu ramai yang akan menjamu selera disana. Sambil bercuti hujung minggu bagi orang tempatan atau orang luar daripada Jerantut.

Apapun tugasan saya hanya seketika sahaja kesana tidak sempat untuk mengambil banyak gambar kerana menyudahkan kerja yang hakiki lebih utama di kampung sekitar. Jika ada masa nanti kita akan sambung semula bersama gambar dan cerita yang lainya di Kuala Tahan ini. Catatan 18082014

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 ulasan:

  1. wahh rindu tempat ni. awal tahun hari tu datang sini kursus 3 hari memang best sangat-sangat. naik bot pergi airterjun (lupa nama) yang jauhnya 45min pergi. seronok sini.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.