MAIN MENU

Footer Pages

6 Ogo 2014

PROJEK PERTERNAKAN IKAN STURGEON DI KUALA TAHAN, APAKAH BENAR PANDANGAN RAKYAT DI AMBIL KIRA?

KUANTAN 4 Ogos - Kerajaan negeri mengambil kira segala pandangan rakyat terutama penduduk di Kuala Tahan berhubung projek pembangunan pusat pembiakan ikan sturgeon di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, projek tersebut pada dasarnya merupakan suatu yang amat baik dan dapat menjadi sebagai produk pelancongan baharu di negeri ini.

"Kita sendiri telah menghantar wakil kita ke Korea Selatan untuk melihat sendiri proses pembiakan ikan ini di negara tersebut dan sebelum sesuatu projek itu diterima kita mesti mendapat kelulusan alam sekitar terlebih dahulu.

"Untuk projek ini, kita mendapat kertas cadangan dari Felda yang akan mengendalikan projek ini dan Felda pasti akan melalui semua proses mengenai keselamatan projek ini sebelum dilaksanakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 16 Julai tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Felda dengan syarikat Korea Selatan berhubung pembangunan pembiakan ikan sturgeon bernilai RM120 juta di Jerantut dan Jengka yang dijangka memberi kesan limpahan ekonomi kepada 1,300 peneroka Felda dan ahli keluarga mereka.

Kompleks seluas lapan hektar tersebut yang dilengkapi kawasan pameran, akuarium dan pusat penyelidikan dijangka menjadi sebuah pusat tarikan pelancong utama di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Bagaimanapun, projek berkenaan di Kuala Tahan, Jerantut tersebut dikatakan mendapat bantahan pihak tertentu kerana dikhuatiri menjejaskan alam sekitar termasuk merosakkan sungai di situ.

Baru-baru ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemantauan berterusan akan dilakukan terhadap projek pembiakan ikan sturgeon tersebut bagi memastikan tidak berlaku kesan kepada alam sekitar.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, majoriti masyarakat di Kuala Tahan menyokong projek berkenaan dengan yang membantah hanya sebilangan kecil.

"Mereka membantah kerana dihasut oleh pihak tertentu dan mereka lupa negara ini ada undang-undang dan kita ada jabatan teknikal yang menguruskan berhubung kesesuaian dan keselamatan projek ini," katanya. Sumber : Utusan Malaysia 05/08/2014
_________________________________________________________

Exco Pelancongan Pahang berkata "Kerajaan negeri mengambil kira segala pandangan rakyat terutama penduduk di Kuala Tahan".

Jika benar ambilkira pandangan rakyat, kenapa tidak dibuat majlis dialog bersama penduduk secara terbuka sebelum majlis tandatangani MOU pada tahun lepas dan kenapa masih tiada majlis dialog tersebut sehingga sekarang?

ADUN Tahan pula berkata kata "Mereka membantah kerana dihasut oleh pihak tertentu dan mereka lupa negara ini ada undang-undang dan kita ada jabatan teknikal yang menguruskan berhubung kesesuaian dan keselamatan projek ini," 

Jika betul projek ini sesuai dan selamat, kenapa Detailed Environment Impact Assessment (DEIA) masih tidak dibuat di Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) ini? Kenapa tiada papantanda projek dinaikkan sebelum hutan digondolkan? 


Kenapa kontraktor boleh "mencuri" air masyarakat sewenang-wenangnya tanpa kebenaran? Adakah tindakan menggelar mereka yang bantah projek ini sebagai "Yahudi" dan gelaran kesat Orang Asli itu mengikut undang-undang negara? Sila tunjukkan bukti "majoriti" yang menyokong projek tersebut!

_________________________________________________________

[ Sebab sebab kenapa penduduk Kuala Tahan Menentang Projek Sturgeon ]

Ramai yang bertanya kenapa projek ini di bantah oleh penduduk Kuala Tahan.Berikut adalah 10 sebab utama :

1. Ikan ini tersenarai sebagai ikan larangan import oleh Jabatan Perikanan Malaysia kerana penyumbang kepada bawaan penyakit baru dan bersifat "predator" yang menggangu keseimbangan biodiversiti perairan sungai.

2. Sg Tabong yang terletak di kawasan projek ini adalah bekalan air alternatif ketika musim banjir dan kemarau .Pada masa ini, bekalan air ini masih di gunakan oleh Masjid Kuala Tahan ,Sekolah Kebangsaan ,Klinik Kesihatan dan sebilangan penduduk Kuala Tahan.

3. Lokasi projek adalah lebih kurang 2km di hulu muka sauk Sg Tembeling .Dikhuatiri sisa buangan termasuk bakteria bawaan panyakit (jika ada) akan terlepas ke Sg Tembeling dan akan mencemarkan bekalan air kepada penduduk serta menjejaskan kualiti air Sg Tembeling yang di huni oleh spesis patin,jelawat,kerai ,sebarau dan sebagainya yang menjadi sumber protein penduduk setempat serta penduduk di sepanjang sungai Tembeling.

4. Ikan sturgeon ini di katakan akan di pelihara didalam kolam kolam yang akan di bina,Namun ,kita tidak dapat menolak kemungkinan ikan ini terlepas ke Sg Tembeling akibat banjir besar dan sebagainya yang akan mengancam populasi ikan tempatan dan menyebabkan kepupusan.

5. Kawasan pembinaan terletak bersebelahan sempadan Taman Negara .Selain menyakitkan pemandangan kerana hutan asal di gondolkan ,proses pembinaan kompleks yang bising akan menakutkan hidupan liar dan menjejaskan kepelbagaian-bio serta sistem ekologi persekitaran Taman Negara .Akhirnya ,ia akan menjejaskan nama Taman Negara yang terkenal di dunia sebagai kawasan perlindungan dan santuari hidupan liar utama di Malaysia .

6. Penebangan balak akan menyebabkan hakisan tanah dan menjadikan sungai semakin keruh selepas hujan.

7.Sekto eko-pelancongan di Kuala Tahan adalah rancak sehinggakan tiada masalah peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.Malah ,banyak peluang pekerjaan di isi oleh penduduk sekitar Alor Tembeling dan Jerantut.Di katakan projek stugeon ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk setempat.Jadi ,siapakah yang akan mengisinya ? Semestinya warga asing dan akan mewujudkan konflik dengan penduduk setempat serta gejala sosial.

8. Kini pembalakan di hulu sungai telah menjadikan keadaan Sg Tembeling keruh dan proses pembinaan kompleks sturgeon ini akan menjadikan air sungai lebih keruh dan tercemar.Nasib penduduk Kuala Tahan yang hampir 90% bergantung kepada industri eko-pelancongan akan terjejas dan menyebabkan kerugian besar kepada ekonomi setempat dan negara.

9. Projek ini adalah projek FELDA tetapi di jalankan di kawasan hutan simpan di Kuala Tahan sedangkan terdapat banyak tanah FELDA di seluruh Malaysia yang boleh di gunakan.Pokok-pokok balak yang tidak ternilai di kawasan 50 ekar tersebut turut terjejas kerana pembinaan kompleks perternakan sturgeon ini.

10. Projek ini di bina tanpa perbincangan dengan penduduk tempatan.Penduduk kampong telah meminta sesi taklimat dan dialog bersama penduduk kampong d adakan di Kuala Tahan tetapi masih tidak di endahkan sehingga kini.

KESIMPULANNYA ,KATAKAN TIDAK KEPADA PROJEK STURGEON SEHINGGA PROSES "DEIA" DI BUAT SECARA TELUS DAN BEBAS.


Sumber disunting : Kami Bantah Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.