MAIN MENU

Footer Pages

9 Jul 2014

RAMPASAN MERCUN DI FELDA CHINI

TAK SEMPAT KAUT UNTUNG

KUANTAN, 09 Julai – Bertindak atas maklumat orang awam dan hasil risikan, petang semalam sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Risikan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan telah membuat serbuan disebuah rumah beralamat di No. 225 Blok 9 Felda Chini, Pekan dan menjumpai serta merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api yang disimpan di dalam stor, tepi dan dapur rumah terbabit dipercayai untuk dijual kepada para pelanggan.

Menurut ACP Azmi Bin Ibrahim, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 3, seorang lelaki melayu berusia 47 tahun yang juga pemilik rumah terbabit kini ditahan pihak polis bersama hasil rampasan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4 (2) Akta Bahan Letupan 1957.

“Ini merupakan kejayaan ketiga pihak PPM W3 sepanjang bulan puasa ini dan pemantauan terhadap kegiatan ini akan ditingkatkan dari masa ke semasa bagi mengekang perbuatan terlarang ini daripada terus berleluasa” katanya lagi. Polis Pahang

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.