MAIN MENU

Footer Pages

6 Mac 2014

INFO KEINDAHAN LATA LEMBIK RAUB PAHANG

Raub antara daerah di Pahang yang terkenal dengan bangunan bersejarah. Justeru, pengunjung masih berpeluang menerokai pelbagai tinggalan bangunan kolonial yang menarik di merata tempat. Bukan itu saja, kawasan perkelahan di Raub turut menarik kedatangan pe­ngunjung luar yang mahu bersantai sambil menerokai alam sekitar.

Peluang meneroka Hutan Lipur Lata Lembik di Kampung Baru Kela, Raub, Pahang sesuatu yang menarik kerana perjalanan sejauh 145 kilometer dari Kuala Lumpur amat menghiburkan.

Namun, pemanduan yang sepatutnya dua jam menjadi hampir 5 jam akibat kesesakan lalu lintas kerana kebanyakan kenderaan meng­gunakan laluan alternatif untuk pulang ke Kelantan melalui Bentong, Pahang.

Memasuki perkampu­ngan Baru Kela, pengunjung pastinya ditemani suasana rimba yang masih terpelihara apatah lagi bertembung dengan Orang Asli yang turut mendiami kawasan itu. Kepenatan di dalam ­kereta, terbalas juga apabila mata menerokai khazanah pelancongan yang serba ­semula jadi. Aliran air ­sungai begitu mendamaikan diikuti persekitaran hutan yang masih dikekalkan dengan baik tanpa membabitkan banyak pembangunan.

Begitu kata hati, alang­kah cantiknya alam semula jadi dengan kehijauan flora yang menenangkan jiwa sesuai sebagai tempat tumpuan riadah sekeluarga, apatah lagi lokasinya jauh daripada hiruk-pikuk dan kesesakan bandar.
KEINDAHAN air terjun di Lata Nibong.
 INFO

• Raub antara 11 daerah yang terdapat di Pahang, terdiri daripada 7 buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras.

• Mempunyai 37 kampung tradisional dan sembilan Kampung Baru Cina.

• Berkeluasan 2,271 kilometer persegi, terletak antara dua banjaran iaitu Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benom.

• Raub mula diteroka sejak abad ke-18 sebagai pusat perlombongan emas yang bersejarah dan semakin dikenali dalam industri apabila permintaan terhadap emas meningkat.

Sumber dan selebihnya  : www.hmetro.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.