Golongan remaja kini dikatakan semakin melupakan Facebook (FB) dan
beralih menggunakan laman sosial lain seperti Instagram, Twitter serta
WhatsApp.
Kajian Global Social Media menunjukkan hasil yang tidak begitu
menggembirakan bagi Facebook. Populariti jejaring sosial terbesar dunia
itu mulai mengalami penurunan.
Menurunnya populariti Facebook dalam kalangan remaja kerana mereka tidak
mahu diawasi lagi terutamanya oleh keluarga. Kajian juga mendapati
remaja merasa kurang selesa menggunakan FB kerana boleh dipantau dan
dijadikan rakan secara bebas.
Kajian membabitkan remaja berusia 16 hingga 18 tahun di lapan negara
Eropah ini mendapati remaja enggan menggunakan FB dan beralih ke
jejaring sosial lain seperti Twitter, Instagram, WhatsApp ataupun
SnapChat.
Fenomena ini tidak hanya menunjukkan penurunan populariti FB, bahkan
boleh dikatakan FB sudah tidak relevan dan tidak mampu bersaing dengan
laman sosial yang lain. Sumber Cari.com
AAP - biasalah bila dah lama digunakan... datang juga muaknya ditambah pula ada pilihan yang lainnya......
Wassalam, Wa'allahhualam.
sbb remaja skrg ni banyak pakai androd. jadi tak sesuailh dengan halaman FB.
BalasPadam