Pemilik dan pembeli kenderaan terpakai kini perlu hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan proses tukar hak milik kenderaan melalui sistem mySikap bermula 1 November 2013.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, melalui mySikap, orang tengah sudah tidak boleh lagi terlibat dalam urusan menukar hak milik kenderaan sebaliknya pemilik asal dan pemilik baharu kenderaan dikehendaki hadir di mana-mana cawangan JPJ untuk mendaftarkan cap jari mereka.
“Melalui sistem ini, proses tukar hak milik kenderaan akan menggunakan kaedah biometrik yang mengkehendaki pemilik dan pembeli hadir ke JPJ untuk pengesahan cap jari.
“Penggunaan biometrik mengatasi pelbagai kelemahan sistem borang dalam proses tukar hak milik kenderaan sebelum ini,” katanya selepas majlis penutup Karnival Skuad Muda 1JPJ peringkat negeri Terengganu di Dataran Batu Buruk di sini kelmarin. Sumber Kosmo
AAP - Timbul juga persoalan bagaimana pula pemilik yang sememang sudah uzur atau pun yang OKU yang tidak boleh bergerak dan berjalan, nak di bawa ke pejabat JPJ? Sebaiknya diadakan satu keadah yang lebih baik dan lebih memudahkan untuk orang awam.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.