MAIN MENU

Footer Pages

6 Nov 2013

BERNAZAR BERJALAN KAKI DARIPADA KUANTAN KE SHAH ALAM. PAHANG MENANG PIALA MALAYSIA

Berbekal wang tunai RM60, sehelai kain pelikat, dua jersi Pahang dan dua seluar sukan, seorang pengawal keselamatan berjalan dari Masjid Negeri ke Stadium Shah Alam bagi membayar nazar selepas Pahang menjuarai Piala Malaysia, Ahad lalu.
Abdul Majid Abdul Hamid, 57, yang diiringi rakannya, Abdullah Othman, 51, memulakan perjalanan jam 6.45 pagi tadi.  Dia menjangkakan sampai ke Stadium Shah Alam pada 12 November ini. Sumber Metro
Gamak berapa jarak daripada Kuantan ke Shah Alam? lebih kurang jaraknya adalah dalam 275km kalau di google map dan dianggarkan mengambil masa lebih kurang 3 jam 54 minit itu kalau naiki kenderaan. Kalau berjalan kaki? mahu berapa hari? penat oit :) Apapun kita tunggu sahaja ketibaan belilau di Shah alam nanti pada 12hb Nov. 2013 nanti.

AAP - Tak mampu nak bernazar bende yang bukan-bukan....Moralnya kalau sudah bernazar kenalah ditunaikan tak buat nanti menanggung dosa pulak. Apapun tabik juga kat pakcik nie anda memang hebat tahniah.

Wassalam, Wa'allahhualam.

6 ulasan:

  1. x berapa berkenan dengan nazar pak cik ni, tapi dah itu nazar kita selagi daya wajib ditunaikan...

    keduanya wa tabik ooooo... tak macam yg jln kaki dulu siap ada tajaan, ambulan ikut.. pak cik ni... RM60 hingiit je ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan x berkenan, x dikira nazar pun. Sebab syarat sah nazar dilanggar, maka nazar tidak sah, tidak wajib ditunaikan.

      Padam
  2. rodong2 yg nmpak pkcik ni,belikan la dia kasut & stokin..nak nyampai ke SSA tu mau haus sipar tu..sakit kaki nnti..dapat pnyakit lain la penyudahnye..tolong ye rodong2..walupun ad yg kata nazar pkcik ni merepek2,tp pda sy itu hak dia..salute utk pakcik!smga pakcik ni selamat smpi ke SSA dgn selamat..

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum.
    Kesian pak cik ni. Antara syarat2 nazar, perkara yg diniatkan untuk dinazarkan hendaklah
    1: bukan perkara wajib seperti solat fardhu. (aq bernazar kalau aq berjaya, esok aq nak solat subuh)
    2: Bukan perkara haram. Cth : Minum arak (aq bernazar kalau aq berjaya, aq nak minum arak puas-puas)
    3: Bukan perkara harus ; Cth : Berenang, makan, minum, tidur.(aq bernazar kalau aq berjaya, aq nak tidur lama2)
    Jika salah satu di atas terdapat padanya, maka nazarnya tidak sah, menunaikan tidak wajib dan meninggalkan tidaklah berdosa.

    Pakcik ni nazar perkara harus, x dapat pahala, cuma menyusahkan dia jer.

    Semoga ada sesiapa boleh sampaikan mcj ni kepada pakcik. Sebab tu lah, kita perlu belajar untuk beramal, bukan beramal tanpa ilmu.

    BalasPadam
  4. Tu kan dia punya semangat..biar la utk kpuasan dia, dia mampu...kalau cakap pasal nazar ni mmg la xwajib tunai kalau xsah..tapi xdosa kan.. Sbb dia tau pahang nak menang la, dia berjanji dengan diri dia macam tu..alhamdulillah dia sihat ja..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.