MAIN MENU

Footer Pages

18 Ogo 2013

PETUA MENJAGA KESIHATAN KELAKIAN ANDA

a. Kesihatan kelakian anda bergantung kepada kesihatan anda sepenuhnya. Kesihatan banyak bergantung kepada apa yang dimakan dan diminum. Jaga kesihatan agar tidak menghadapi masalah kencing manis (diabetes). Diabetes boleh menyebabkan mati pucuk (impotent). Mati pucuk atau impotent bagi penghidap diabetes tidak secara mendadak. Ia mengambil masa antara 10 ke 15 tahun untuk berlaku.

b. Kurangkan gula dalam minum dan makanan. Jika anda tidak mahu kecewa atau menghadapi masalah mati pucuk, jaga kesihatan dengan kurangkan gula sekarang juga. Mintalah air kurang manis dan gantikan kek dan kuih manis dengan buah-buahan.

c. Bagi penghidap diabetes, kurangkan pengambilan gula. Jangan tinggalkan rawatan perubatan, kurangkan berat badan kepada yang bersesuaian dengan usia, makan makanan yang sihat dan bersenam. Bertindak awal.

d. Penyakit tekanan darah tinggi juga boleh mengurangkan kemampuan zakar lelaki untuk bertahan lama. Ini adalah kerana kemampuan batang zakar mengeras adalah berkaitan dengan aliran darah. Kencing manis dalam jangka masa panjang mengecilkan saluran darah dan merosakkan saluran darah halus. Darah tinggi pula mengganggu aliran darah yang baik ke zakar lelaki.

e. Begitu juga dengan kegemukan. Lemak, terutama dalam salur darah, akan mula menyumbatkannya. Terutama sekali salur-salur jalur darah sekitar jantung. Ia bukan sahaja meninggikan risiko penyakit jantung, malah meninggikan risiko kemampuan lelaki bertahan lama diranjang. Nafas semakin pendek dan aktiviti biasa seks, umpama aktiviti lasak akibat jantung terlalu bekerja keras. Kurangkan pengambilan makan berlemak terutama lemak tepu yang biasa digunakan untuk membuat makanan segera dan ringan. Lemak tepu ini yang sukar dihadamkan dan selalu menyumbatkan salur darah.

f. Makan makanan yang berkhasiat dan rendah lemak tepu. Lakukan senaman ringan setiap masa. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan gula dan pengambilan garam. Sebagai penambahan asparagus dan buah pisang boleh meningkat libido lelaki. Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.