INFORMASI BERITA PENGETAHUAN SEJARAH TOKOH PAHLAWAN AGAMA POLITIK ADAT RESAM KEBUDAYAAN DAN NUMISMATIK
MAIN MENU
▼
Footer Pages
▼
17 Ogo 2013
GAMBAR PROTON SUPRIMA S HATCHBACK
PROTON hari ini melancarkan model baru keretanya iaitu Proton Suprima S iaitu kereta dengan rekabentuk hatchback dengan lima pintu serta enjin berkuasa Turbo 1.6 liter. Pelancaran disempurnakan oleh Penasihat Proton Holdings Berhad, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade pada pukul 9.30 pagi tadi. Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil.
Nama Suprima S diambil sempena perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘supreme’ kira-kira 16 bulan selepas pelancaran model Sedan Proton Preve. Ia akan dijual dengan dua variasi iaitu Executive dan Premium.
Dari segi prestasi, Suprima S memiliki kelajuan maksimum 190 km sejam dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km sejam dalam masa hanya 9.9 saat. Penggunaan petrolnya direkodkan pada kadar 9.1 liter setiap 100km. Jika dibezakan dengan Preve, ia memiliki kelajuan maksimum 200km sejam dan mampu memecut dari 0 hingga 100km sejam dalam 9.6 saat.
Penggunaan minyak Preve direkodkan pada 8.2 liter setiap 100km.Proton Suprima S ditawarkan pada harga RM76,388 bagi varian eksekutif dan RM79,988 bagi variant Premium. – Mynewshub.my
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.