Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan
seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.
Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan
semalam di Mahkamah Tinggi di sini berkata alamat kediaman yang
dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak
pernah mengenali Anwar secara peribadi.
Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej
berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk
merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.
Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita
bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong
telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes.
Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah
RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri
perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20
Mac lepas.
Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang
difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi
bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej
berkenaan. - Bernama
Dibawah ini jawapan daripada hasil carian imej (print skrin) daripada Google : Siapa Papa Gomo ?
Dibawah ini jawapan daripada hasil carian imej (print skrin) daripada Google : Wan Muhammad Azri Wan Deris ?
Popular juga Blogger Papa Gomo nie :) kalau dah popular pasti orang nak jadi terkenal :) kenapa perlu takut? apa mahu takut? berani buat berani tanggung tak gitu ?
AAP - Biarlah tidak popular :)
Wassalam, Wa'allahhualam.
mcam2 menda skrg nie
BalasPadamhttp://long-cham.blogspot.com/
glemer tapi hidup dalam kesusahan sokmo x guna jugak :)
BalasPadamdah terang lagi bersuluh..nak sembunyi ka
BalasPadam