Hutan Simpan Bekelah Diceroboh
Secara Haram
Kira kira 40 hektar kawasan Hutan Simpan Bekelah, Pahang bakal mengalami kemusnahan teruk berikutan penerokaan secara haram. Dakwa penduduk, hutan ditebang sewenang-wenangnya untuk aktiviti pertanian.
Lebih dikesali, tiada tindakan tegas diambil walaupun pencerobohan sudah berlarutan hampir setahun lalu. Bimbang apa yang berlaku akan merosakkan ekosistem dan memusnahkan kawasan tadahan air, Penduduk Ulu Jempol, tampil membuat bantahan.
Mereka kecewa kerana tiada tindakan diambil oleh Jabatan Hutan Pahang untuk menyekat kegiatan itu daripada berleluasa. Hasil tinjauan mendapati, hampir 40 hektar tanah Hutan Simpan Bekelah telah diterokai secara haram.Penerokaan dilakukan secara berperingkat-peringkat dari Lubuk Yu sehingga kawasan sekitar. Sumber TV3
Laporan TV3 mengatakan ada pencerobohan HUTAN SIMPAN BERKELAH Maran, Pahang, berkeluasan beratus ratus ekar telah di tebang, di jadikan ladang, getah,sawit dan ada juga sayur-sayuran, pokok- pokok sudah besar malang perkara tersebut tidak dapat di hidu oleh pegawai yang berkuasa khususnya Jabatan Perhutanan.
Persoalanya, mana pergi Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang? Mana pergi mereka-mereka yang telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk semua ini ? Perkara ini perlu dipandang serius dan perlu mendapat tindakan selanjutnya daripada agensi berkaitan.
Berita lanjut dan video KLIK SINI
Wassalam, Wa'allahhualam.
kalau pikir ke logik akal, takkanlah benda sebesor tu baru sekarangnya nampok ;)
BalasPadamNi la yang dikatakan gajoh di depan mate mereka tak nampok, tapi kuman di seberang lautan yang mereka nampok jelas.
BalasPadam