MAIN MENU

Footer Pages

11 Mei 2013

KENAPA PEKAN LEBIH RAMAI DAFTAR PEMILIH BERBANDING KUANTAN?

Ada pihak yang mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan Pekan sebagai sebuah bandaraya, kerana bilangan pengundi bagi Pekan jauh lebih besar berbanding ibu negeri Pahang, Kuantan. Atau lebih elok kalau ibu negeri Pahang dipindahkan ke Pekan memandangkan kepadatan penduduk di kawasan pekan meningkat secara mendadak.
Mungkin gambaran diatas ini dapat memberi penjelasanya. 

Merujuk pada berita ini : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memulakan proses persempadanan semula kerusi Parlimen dan negeri pada penghujung tahun ini selepas mahkamah mendengar petisyen pilihan raya, jika ada.

Timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, suruhanjaya itu perlu menunggu proses enam bulan pendengaran petisyen pilihan raya selesai sebelum memulakan persempadanan semula, lapor Sin Chew Daily.

Undang-undang sedia ada membenarkan pengundi memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya dalam tempoh 21 hari selepas ia diwartakan, dengan tempoh enam bulan untuk pendengaran di mahkamah.

Wan Ahmad menjelaskan, SPR sekarang sibuk dengan kerja-kerja pasca pilihan raya, termasuk menganalisis prosedur pilihan raya dan mendapatkan maklum balas, serta membakar kertas undi di kawasan yang tiada petisyen pilihan raya, dalam tempoh 21 hari selepas keputusan diwartakan,

AAP - Jadi amat wajar juga kawasan diatas ini di buat persempadanan semula :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. Pekan menjadi kawasan paling ramai pengundi di Pahang lah yer... Rasanya tentu semua tahu kenapa tu.. :)

    BalasPadam
  2. salah satu cara nak menangkan najib tu... taktik lapuk

    BalasPadam
  3. Pekan subur sngt sbb mkn vitamin 1Msia

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.